Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 22, 2009

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MESTI MEMANDANG JAUH KE HADAPAN


PEMIMPIN MESTI MEMANDANG JAUH KE HADAPAN
Ada orang berkata seorang pemimpin tidak mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan difahami dengan mudah oleh mereka yang dipimpin,

Tetapi seorang pemimpin mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan pada mulanya tidak difahami oleh mereka yang dipimpin. Mereka hanya akan memahaminya setelah perlaksanaan atau setelah beliau telah tiada.

Seorang pemimpin yang hebat mestilah berupaya memandang jauh ke hadapan. Melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat. Menjangka apa yang orang lain tidak dapat menjangka. Setelah arahan atau idea beliau dilaksanakan barulah orang berkata, ”Betul jugak ye!”.

Mungkin perkara ini benar dan mungkin juga tidak. Tetapi seorang pemimpin mestilah mempunyai idea-idea yang luarbiasa atau idea-idea yang menakjubkan untuk mengangkat martabat mereka yang dipimpin sehingga kadang kala ianya tidak masuk akal. Atau untuk membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi atau mencapai sasaran-sasaran yang nampak mustahil.

MEMIMPIN MASYARAKAT

Perkara ini penting di dalam suasana sekarang di mana PAS adalah sebahagian dari kerajaan di Negeri Selangor. Pemimpin PAS walaupun di peringkat Cawangan bukan lagi memimpin ahli-ahli PAS sahaja tetapi memimpin masyarakat. Tanggung jawab ini besar dan saya memahami ada di antara kita yang tidak mampu melakukannya.

Sekarang masyarakat datang bukan hanya kepada AJK Cawangan tetapi kepada ahli-ahli biasa untuk urusan-urusan kerajaan negeri atau majlis perbandaran. Sama ada untuk borang Mesra Usia Emas atau tentang lesen menjaja dan banyak lagi. Mereka datang kepada kita.

Kalau kita berjiwa kerdil kita melihatnya sebagai satu masalah kepada diri dan keluarga kita. Tetapi jika kita berjiwa besar kita akan melihatnya sebagai satu cabaran dan peluang untuk mengukuh serta mengembangkan Parti.

Ada Ketua Cawangan yang meletakkan bendera PAS di hadapan rumah mereka agar masyarakat senang mencari mereka, supaya mereka dapat membantu rakyat.

Mereka menjadi wakil kepada ADUN dan ahli Majlis. Menjadi penghubung di antara rakyat dan kerajaan negeri atau Majlis.

Ada AJK Cawangan yang sentiasa datang ke Pejabat DUN berbincang dengan saya masalah di tempat mereka dan cara-cara membantu penduduk di sana. Tidak kira dari Chempaka atau Teratai.

Malah pimpinan PAS dari Taman Templer, Dusun Tua malah dari DUN Batang Kali juga ada yang bersusah payah datang ke Pandan untuk berbincang masalah di DUN mereka.


PIMPINAN YANG LUAR BIASA


Kita perlu memimpin masyarakat dan kita tidak akan dapat diterima sebagai pemimpin masyarakat sekiranya kita tidak berjiwa besar.
Lebih-lebih lagi kita berada di Pandan. Satu kawasan berbilang kaum. Kita memimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina, India, Sikh, Portugis malah orang Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Korea yang ramai di kawasan kita.
Sudah tentu ianya memerlukan kualiti dan pendekatan yang berlainan dari ketika memimpin hanya orang-orang PAS.

Ini selari dengan semangat Pakatan Rakyat, parti-parti Pakatan tidak hanya memimpin kelompok mereka. PAS tidak hanya memimpin orang Melayu atau orang Islam. DAP juga tidak hanya memimpin orang Cina. Tetapi kita memimpin seluruh rakyat.

ORANG PAS JAGA SURAU AJE!

Walau bagaimanapun tugas ini bukan mudah. Seorang professor ketika membentangkan satu kertas kerja di Konvensyen PAS Selangor pada 6 Disember lepas mendedahkan satu peristiwa yang mengejutkan.
Di dalam menjalankan kajian untuk satu NGO, beliau dan pasukan beliau telah turun ke taman-taman dan kampung-kampung.
Dalam satu kampung, beliau telah bertanya sekumpulan belia sama ada mengenali orang-orang PAS di situ. Jawapan yang diterima adalah, ”Tak, orang-orang PAS jaga surau aje”.
Kajian yang dibentangkan di konvensyen tersebut juga mendedahkan terdapat kawasan-kawasan di Selangor yang masyarakat di dalam kelompok 21 hingga 30 tahun langsung tidak mengenali PAS.
Ini patut membimbangkan kita kerana kita sekarang adalah kerajaan. Apa yang telah kita lakukan?
BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN
Apabila Anwar Ibrahim dipecat dalam tahun 1998, Presiden PAS ketika itu, Ustaz Fadhil Noor, telah mengilhamkan penubuhan GERAK. Ketika itu keadaan kucar-kacir. Cadangan Ustaz Fadhil itu akhirnya berjaya menyatukan tenaga-tenaga yang menentang kepimpinan Tun Mahathir.
Satu himpunan raksaka telah dianjurkan di Taman Melewar. Ada yang kata 100,000 yang hadir, ada yang kata 50,000 yang hadir pada malam keramat itu. Walau berapa ramai yang hadir, ianya menjadi permulaan kepada penyatuan suara pembangkang yang akhirnya menjadi Pakatan Rakyat hari ini.
Tetapi ketika itu ada yang mempertikaikan tindakan Ustaz Fadhil. Ada yang berkata, ”Buat apa nak tolong Anwar, dia kan UMNO”.
Atau mereka yang berkata GERAK tidak berdaftar, perhimpunan raksasa itu akan memberi kesan yang buruk kepada PAS.
Tetapi akhirnya kita semua memahami pandangan jauh Ustaz Fadhil.

2 comments:

Anonymous said...

Tiada kerajaan pas diselangor...
Berapa majoriti PAS diselangor.
Hanya Kelantan & Kedah kerajaan PAS. Tapi yang sedihnya bukan kerajaan Islam....

gengkilangspeak....

zul_neem said...

Assalamualaikum

Kekalahan Rusia(Soviet Union) di Afganistan dan kemerdekaan sebahagian besar negara-negara dibawahnya diabad ini adalah impak dari kekuatan dan kemenangan Mujahiddin keatasnya.Nur Islam dan dakwahnya membara dibumi afganistan serta menyinari semangat bangsa dan negara yang dijajah oleh Rusia.Hasil daripada ini satu persatu negara meminta kemerdekaan dari Rusia dan ada yang sekarang tengah berjuang untuk mendapatkanya.Apa yang penting disini ialah islam telah meletakkan asas freedom dari penguasaan manusia dan ideologi asing serta membawa kearah kesyumulan Islam yang sejati.Kewujudan apa yang dipanggil kumpulan,gerakan,parti,jemaah,persatuan dan tarekat serta perjuangannya berpaksikan Islam.Adalah merupakan benih penghidup dan ubat kepada amal makruf dan nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh manusia diatas bumi ini.DiMalaysia antaranya ada sejarah yang mencatitkan persaingan antara kumpulan yang ingin mempengaruhi rakyat dengan meletak dan menekan ideologi yang dibawa serta mewujudkan pemerintahan.Pas antaranya ada dicatit dalam sejarah negara dalam plot persaingan ini dan bercita-cita untuk menegakkan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang dan peraturanya.Hasil dari pelbagai usaha yang dilakukan samaada diterima oleh rakyat atau tidak dari awal penubuhannya telah serba banyak mempengaruhi senario politik dan minda rakyat.Terutamanya penerimaan nilai-nilai Islam dan menwujudkan solidariti antara kaum atau bangsa didalam negara kita ini.Pimpinan(Pas) dan trendnya menentukan arah dan merangka strategi untuk mencapai matalamat dan dibantu oleh ahli dan penyokong untuk menrealisasikannya.Kecenderungan dan kesedaran rakyat malaysia khusus umat Melayu kearah islam dan ingin melihat ia dapat dilaksanakan dinegara ini adalah akibat dari tekanan dan dakwah yang dijalankan oleh PartiPas.Tak dapat dinafikan juga dari badan-badan berkecuali Islam(NGO) turut juga menyumbang kearah itu.Apa yang penting disini ialah kewibawaan dan ketelusan pemimpin dari peringkat atas hingga keperingkat rendah seringkali mendapat perhatian dan fokus dari rakyat terutama penyokong dan ahlinya.Kelemahan yang ada perlu dibaiki bukan hanya datang dari barisan pemimpin malahan dari penyokong dan ahli.Sikap melihat,membiar,tak ambil tahu,tak hulur tangan,tak bantu dan membisu yang wujud dari setengah penyokong dan ahli-ahli Pas.Sudah pasti apa yang diungkap oleh saudara kita itu ada benarnya.Oleh itu marilah kita bersama membina Jemaah atau parti Pas demi pengukuhan dan diterima oleh rakyat amnya.