Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 8, 2009

PAS BUKIT SENTOSA 2 UCAPKAN TAHNIAH MB SELANGOR

Pas Bkt Sentosa 2 mewakili taman perumahan dalam bukit sentosa, Bukit Beruntung dan Taman Bunga Raya dan semua bekas projek Perumahan Talam mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih atas kesungguhan Tan Sri Abdul Khalid (MB Selangor) dalam usaha menyelamatkan rumah-rumah dalam projek Talam tersebut yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan BN/UMNO dahulu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yakin kerajaan negeri mampu melangsaikan hutang Talam Corporation dalam masa sesingkat 6 bulan.
Bercakap kepada media di wacana “Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor”
, Khalid berkata, kerajaan negeri telah berjaya membayar faedah yang dikenakan ke atas hutang Talam, iaitu sebanyak RM40 ribu.
Ini bermakna, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat berhubung kes hutang Talam Corporation tidak lagi berhutang dengan pihak bank.
"Tidak pinjaman bank itu sudah dibayar balik. Jadi maknanya tiada lagi pinjaman bank. Jadi tiada kesan," kata beliau.
"Dalam masa satu hari. Lebih kurang 40 ribu, dan sudah dibayar balik 40 ribu," katanya lagi.
Beliau menambah jika dilihat dari sudut positif, kerajaan negeri telah memiliki semua aset dan hartanah milik Talam Corporation.
Khalid turut menyangkal golongan spektik yang mempertikaikan kaedah yang digunakan untuk mengambil-alih hutang syarikat itu.
Beliau berkata kerajaan negeri komited kepada ketelusan, dan akan mengamalkan sikap cermat sepanjang proses pencairan hutang oleh kerajaan Selangor.
"Kita kata kita akan tunjukkan asas pengutipan sudah ada dan kita boleh kutip. Tapi kita akan tunjukkan bagaimana pencairan hutang itu akan dilakukan. Jadi tak jadi masalah," tambah beliau.
Khalid berkata demikian kepada media ketika sidang media Forum Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor di Shah Alam petang tadi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijemput memberi penerangan kepada peserta wacana “Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor”, bertempat di Unisel, Shah Alam petang tadi.
Dalam ucapan beliau kepada 200 peserta Dewan Undangan Negeri bersetuju meluluskan belanjawan tambahan sebanyak RM391 juta kepada MBI untuk mengutip hutang dari Talam Corporation kepada kerajaan negeri.
Geran ini membolehkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) membeli hutang RM391 juta daripada kerajaan negeri sekaligus mengambil alih pengutipan hutang daripada Talam sepanjang 10 tahun lepas.
"Menyusun semula hutang hutang anak syarikat untuk dikumpulkan dibawah kawalan kerjaaan negeri dan akan diuruskan oleh Menteri Besar Incorporated," kata beliau.
Menurut beliau lagi, mulai sekarang MBI akan melaksanakan rancangan bagi memastikan Talam membayar hutang dan kutipan tersebut dijangkakan mampu mengukuhkan dana kerajaan negeri.
"Buat masa ini fokus kita ialah untuk menentukan aset-aset negeri dan anak-anak syarikat dalam bentuk hutang-hutang ini dapat dikutip semula," katanya.
Menurut beliau, kerajaan Pakatan rakyat di Selangor bertekad meneruskan usaha bagi memastikan semua urusan perniagaan akan memeberi keuntungan maksimum kepada rakyat dan usaha ini termasuk perlunasan hutang.
Khalid turut bercadang mengadakan bengkel untuk meningkatkan pemahamam mengenai isu ketelusan.

3 comments:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Hutang membawa kesan kepada keaktifan ekonomi mikro dan sebanding dengannya serta membawa kearah kemerosotan simpanan dalam tabungan.Ini bermakna hutang yang besar tanpa mewujudkan mekanisma untuk menguruskannya dan menguranginya akan membawa timbalbalik kearah pelaburan baru dan pengembangan ekonomi.Oleh itu usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor adalah tepat dan bersesuaian dengan module untuk merancak semula ekonomi negeri dengan penambahan pendapatan dan susunan semula hutang semoga liabilty dan pendapatan negeri dalam keadaan terkawal.Inilah kebaikan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat demi penumbuhan ekonomi negeri Selangor dan penglupusan hutang beku.

Anonymous said...

Saya pun setuju dan teramat setuju lagi jika Syabas berjaya dimiliktadbir oleh Selangor semula sepenuhnya.Mudah-mudahan 20meterpadu percuma akan berterusan diberi.negeri Johor Kerajaan BN pun dah berminat ingin mencontohi Selangor.Memang patutpun Negeri Johor yg kuat UMNO dan ramai Melayu diberi air percuma 20 meterpadu pertama .

Anonymous said...

Selesaikan hutang Talam tak cukup. Yang kita mahu tahu bila bumbung2 pangsapuri yang rosak di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa nak diperbaiki.

Dengar khabar Ustaz Zul dah jadi orang penting PAS di Bukit Sentosa/Bkt Beruntung? Kerja2 dakwah dengan orang asli macam mana, Ustaz?

Pada 10/1 ini DS Najib akan melancarkan program UMNO Juara Rakyat di Bukit Sentosa. Kerajaan PR Selangor dah give up ke nak membantu rakyat2 kat BS/BB yang memerlukan? Selepas 2 blok bumbung dekat Pangsapuri Sri Cempaka di perbaiki, dah tak ada nak buat tambahan kat blok lain ke?. Atau duit kerajaan Selangor dah habis bayar kat Talam? Tunggulah apa pengumuman besar dari DS Najib untuk penduduk di BS/BS.

Ahli2 PAS boleh terus berharap kepada MB PKR dan Exco DAP sebagai tempat mengadu. Kesian, PAS bertungkus lumus dalam pilihanraya yang lalu tapi sekarang ini umpama melukut ditepi gantang. Mengharap belas ikhsan orang.

Kerajaan BN akan merampas kembali Selangor dengan kembalinya sokongan pengundi kepada UMNO/BN pada PU akan datang. Awas kerana kami sedang memerhatikan mereka2 yang berlagak berlebihan.

Kalau berani bermain api, jangan menangis nanti jika jari anda terbakar.

Allah Maha Besar.

Pengundi Islam yang tak mampu ditipu.