Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz digesa meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Nazri menuduh saya sebagai ‘racist betul’ kerana saya mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.
Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus BTNbersifat perkauman,” katanya.
Menurutnya, UMNO merupakan parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.
“Saya cadangkan agar beliau keluar daripada UMNO untuk membuktikan yang beliau anti perkauman.
“Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang melayu,” katanya di sini hari ini./Sinar
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

No comments:
Post a Comment