Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 10, 2009

MERAPOH SERAPOH NAMANYA ?

Komen Teman : Kenapa Merapoh ini tidak dimajukan dengan kadar segera tapi penuh kualiti? Kenapa tunggu projek ECER ? Pak lah dah tiada , adakah akan disambung projek tersebut? Teman riso betul bila nama Merapoh sinonim dengan satu kedai di tempat tinggal teman . Selepas 2 tahun brniaga tiba-tiba tutup.Kebetulan nama kedainya ialah Merapoh juga.Mungkin kebetulan ...

Kedudukan strategik Merapoh yang menjadi penghubung antara Kota Bharu di Kelantan dengan Kuala Lumpur, membolehkan kawasan itu berpotensi dibangunkan menjadi pusat sehenti dan bandar baru.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, Merapoh kini menjadi destinasi persinggahan lebih 300 buah ekspres setiap malam sama ada untuk berhenti makan atau berehat.
Bagaimanapun kata beliau, kehadiran begitu banyak bas ekspres yang membawa bersama ramai penumpang hanya memberi manfaat kepada segelintir pengusaha gerai makan dan restoran yang beroperasi di kawasan tersebut.
''Sedangkan, kedudukan Merapoh yang strategik dan terletak di tengah-tengah laluan Kota Bharu-Kuala Lumpur secara tidak langsung boleh menjadi sebuah bandar baru yang bakal pesat membangun.
''Dengan kelebihan tersebut saya menggesa penduduk Merapoh bijak merebut peluang perniagaan yang wujud di kawasan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Rahman turut menyarankan supaya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merapoh membangunkan kawasan sekitar stesen minyak miliknya sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti kawasan rehat dan rawat (R&R), mesin pengeluaran wang automatik (ATM), restoran, gerai makan, cenderamata dan kraf tangan.
Tambahnya, PPK juga boleh membangunkan kawasan tersebut dengan lebih terancang bagi menarik bas-bas ekspres berhenti di situ seterusnya membantu penduduk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
''Pusat sehenti ini dapat memberikan peluang kepada para pesertanya berniaga bagi memasarkan pelbagai produk pertanian, makanan, makanan ringan, kraf tangan dan sebagainya," katanya.
Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, penduduk Merapoh juga dijangka terus bertambah berikutan pembinaan kilang simen yang akan beroperasi tidak lama lagi yang menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan orang luar.
Beliau berkata, difahamkan Kerajaan Pusat juga akan menaik taraf jalan Lipis-Gua Musang dengan membina laluan empat lorong menerusi projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bermula dari Pelangai, Bentong sehingga ke sempadan Gua Musang, Kelantan dalam usaha menjana pertumbuhan ekonomi setempat.
"Dengan pelaksanaan projek tersebut, saya berharap Merapoh akan turut menikmati hasil limpahan ECER dan menjadi sebuah bandar baru selain menjadi pintu masuk ke Taman Negara yang menawarkan pelancongan bertaraf dunia," katanya.

No comments: