
Cuepacs usul naik tangga gaji mati sector awam
Syabas Sdr Omar Osman !
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengusulkan kertas kerja untuk menaikkan tangga gaji mati penjawat awam sebanyak lima mata tangga gaji.Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs menjangkakan perkara itu dapat dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bulan depan setelah ditunda bulan lepas kerana Ketua Pengarahnya Tan Sri Ismail Adam menunaikan ibadah haji.
"Kita akan bincang hal ini... sebab 45 peratus anggota perkhidmatan awam sekarang sudah (mencapai) gaji maksimum. Jika tidak ada pergerakan gaji atau kenaikan gaji, kita bimbang ia menjejaskan kualiti dan produktiviti (penjawat awam)," katanya di sini semalam.
Omar berkata Cuepacs juga akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membela kebajikan pekerja kontrak kerajaan supaya tidak ada lagi yang diberhentikan tahun hadapan.
Menurutnya kongres itu kecewa kerana banyak agensi kerajaan tidak menyambung perkhidmatan kakitangan kontrak terutama yang sudah berkhidmat antara lima hingga 15 tahun. — Bernama
No comments:
Post a Comment