Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 8, 2009

MENTERI DIJABATAN MENTERI INI PERLU DIGANTI ?

Komen Teman : Sekarang baru UMNO tahu siapa Nazri, tidak ada hormat pada Tun M lagi.
Kebanyakan menteri dan bloggger UMNO mengutuk perbuatan Nazri yang menghentam Tun Mahathir hanya disebabkan Tun M tidak setuju ubah silibus BTN.Teman tidak perlu mengutuk Nazri lagi sebab UMNO baru sedar menterinya yang celupar tak tentu pasal ini, mereka harap diganti dan harus letak jawatan.
Masalah Nazri dengan lesen/permit teksi yang tidak betul dan berat sebelah.Masalah prestasi pemandu teksi yang masih rendah dan tidak mesra pelanggan dan masalah dengan ank bujangnya yang terlalu ranggi.Pada teman anak-anak Nazri patut dilatih dalam PLKN agar baik sikit macam ayahnya.
Selepas dewasa elok dihantar ke BTN dengan silibus baru beliau.Tapi taulah kalau Tan Sri Nazri masa remaja macam ini :-


Mana komen dan teguran Mufti dam Imam UMNO ? Semua tak berani sebab orang UMNO.
Tapi kalau wakil rakyat yang bukan beragama Islam berjinak dengan Islam serta menyebut ayat quran terus heboh dikomplen mati-matian.
Siapa Nazri Hendak Memanggil Tun Dr Mahathir "Bloody Racist"?
Apabila Tun Dr Mahathir ditanya pemberita wajarkah Biro Tatanegara Negara dikaji semula, Tun menjawab, "Ketika zaman saya, peserta BTN menganggap ia amat berguna kerana ia mendedahkan diri mereka dengan nilai dan budaya baru kerana nilai dan budaya sedia ada (waktu itu) tidak kondusif jika ingin berkhidmat dengan kerajaan. Jadi, saya tidak nampak salahnya kursus BTN ini, jadi apa yang dikritik hanyalah cubaan untuk memperbesar-besarkan perkara yang tidak benar.”
Seperti yang telah saya jangka semalam, Nazri Aziz pasti akan menghentam Tun dengan kenyataan ini memandangkan beliaulah orang pertama yang mencadangkan kepada kabinet supaya Biro Tata Negara dikaji semula setelah beliau terlalu dayus dan bacul untuk menghadapi tekanan dari Pakatan Haram khasnya DAP. Kenyataan bacul beliau boleh dibaca di sini. Tun Dr Mahathir tidak tidak sedikitpun menyebut nama sesipa dan tidak pula mengkritik usaha perubahan yang cuba dilakukan oleh Nazri ini. Kenapakah Nazri terlalu biadap dan bangsat memanggil sehingga sanggup memanggil Tun Dr Mahathir sebagai "bloody racist"? Siapakah Nazri yang mentah ini hendak mengajar seorang Negarawan Malaysia? Keceluparan dan kebiadaban Nazri boleh di baca di The Malaysian Insiders, di sini.

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Birotatanegara(BTN) adalah rekacipta kerajaan BN untuk rakyat dan kerajaan kearah kerangkaan kerjasama antara satu sama lain atas dasar dan polisi yang difahami oleh pemerintah.Tetapi yang terkini ia telah ditolak dua negeri(Selangor dan Penang)akibat bertentang dengan kemahuan dan kehendak dua kerajaan negeri itu.Pengisian nya dikritik dan matalamatnya menimbulkan kesangsian.Maka hendaklah DrMahathir maupun Nazri perlulah mencari fomula baru kearah pemulihan untuk BTN dan diterima oleh rakyat Malaysia.Sekiranya tiada idea dan kesungguhan maka bolehlah bawa berbincang dengan Pakatan Rakyat.Pegaduhan yang berlaku dan saling berbalas kata boleh menampak keburukan dan perpaduan dalam UMNO.Memanglah keburukan dan perpaduan dalam UMNO sudah parah.