Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.
Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.
Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.
Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara
Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.
Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.
Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang menga
Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.
Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.
Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.
Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.
Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.
Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum
Agensi kerajaan adalah milik rakyat dan rakyat membiayai dengan membayar cukai dan pelbagai cukai lagi yang dikenakan keatas mereka. Itu pun dibayar juga kerana kasih kepada kerajaan dan negara.Amat malang sekali jika agensi rakyat mengkianati rakyat,membaham rakyat,gengster,talibarut,gestapo dan paling keji sekali jadi lembu cucuk hidung kepada parti politik pemerintah yang korup demi survival beberapa individu dalaman dan impian duniawi.Perkhidmatan yang ikhlas,tolong menolong,cergas bertindak keatas sebarang teguran yang dibuat,ringan tulang,ketelusan,efisen dan mantap.Adalah hak-hak yang perlu diberi kepada tuan milik iaitu rakyat dan mereka perlu dilayan pada tahap fist class macam dalam kapal terbang.Bukan macam saudara kita yang dah jadi mendiang itu.Takutlah Allah yang menguasai mahkamah akhirat dan setiap manusia takkan lepas dari perhitungannya.Ya Allah selamatlah hamba mu ini dari kezaliman manusia dan pemerintah yang dikatakan kukubesi.
Pergi ke hutan Sahibul Hikayat
Mari berehat di dalam pondok
Agensi Kerajaan membantu rakyat
Bukan menjilat politikus mondok
Beli pecal gerai Pak Dawam
Menggelek tebu geluk ditakung
Mengapa BEBAL pecacai awam
Menjadi lembu di cucuk hidung
Post a Comment