Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, December 30, 2009
BLOGGER PAKATAN TIDAK WAJAR BUAT PERSOALAN TERHADAP PARTI SENDIRI
Komen : Teman berpendapat blogger Pakatan Rakyat wajar mengetahui keadaan sebenar apa yang berlaku antara parti dalam Pakatan Rakyat.Jika ada kemusykilan atau tanda persoalan harap jangan segan atau malu atau malas mencari kisah sebenar.Lepas dapat cerita atau kisah sebenar barulah kita mengolah ikut stail kita ke dalam blog.
Tektik blogger yang malas terus buat persoalan dan ada yang lebih mementingkan pencapaian hit mereka .Sepatutnya kita yang tidak tahu sangat tentang Parti lawan wajar buat persoalan bukan pada parti sendiri.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.
Sebaliknya beliau memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.
“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.
Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Tokguru berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”
Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Tokguru Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment