Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, December 13, 2009

KEMUNCAK TAHAP TERTINGGI KEBENGAPAN SEORANG MENTERI

Inilah Bahananya Tan Sri Nazri pegang hal ehwal beri permit teksi lama sangat.Yang beliau pakar ialah beri permit teksi pada yang ahli UMNO, pekhidmata beliau buat DONO.Setakat resmi dan ber ucapan akbar biasalah semua menteri buat.Bila perkhidmatan tak bagus , Setiausaha Persatuan Teksi jadi kambing hitam.Bagaimana perkhimatan nak bagus kalau teksi diberi permit pada orang yang cuma nak dapatkan peluang tambahan sahaja.Nazri is enough ! Sudah tiba masa UMNO cari penggantinya dengan kadar segera
Pada 9 Disember lalu Nazri telah menjelaskan bahawa kajian ke atas pelancong mendedahkan bahawa perkara pertama yang pelancong tidak suka ialah teksi manakala tandas jatuh di tempat kedua. Oleh itu Nazri membuat kensimpulan mudah: perkhidmatan teksi adalah lebih teruk dari tandas!
Memang siapa tidak dapat menafikan perkhidmatan teksi di Lembah Kelang ada banyak kelemahannya. Jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan teksi di banyak negara maju, memang seperti langit dengan bumi.

Tapi jika perkhidmatan teksi kita lemah, ia salah siapa? Adakah ia 100% salah pemandu teksi? Apa hal dengan agensi yang memantau perkhidmatan teksi, setiap tahun dapat peruntukan berjuta-juta untuk menngkatkan perkhidmatan teksi, mereka tidak salah ke? Apa hal dengan menteri yang bersemayam di Putrajaya yang menjaga pengangkutan awam itu, dia tidak bertanggung jawabkah dengan kelemahan perkhidmatan teksi?
Kalau hendak membuat kesimpulan mudah seperti yang Nazri katakan itu, ramai orang juga boleh membuat kesimpulan mudah yang sama. Jika Nazri kata perkhidmatan teksi kita teruk macam jamban, orang lain juga boleh kata JPJ, Kementerian Pengangkutan dan menteri-menteri yang menjaga perkhidmatan teksi juga teruk macam jamban. Jadi kalau teksi macam jamban, KSU Kementerian Pengangkutan Datuk Zakaria Bahari, Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Ong Tee Keat, malah Nazri sendiri yang sama-sama gagal memikul tanggung jawab untuk meningkatkan perkhidmatan teksi juga boleh dipanggil jamban atau untuk lebih tepat: bapa jamban! ~ SUMBER ~

No comments: