
Teman baru perasan ada kedai arak atau minuman keras dah terpacak di Bandar Sentosa tidak jauh dari Stesyen Bas dan belakang bengkel Good Year dan rasanya lebihkurang 200 meter dari Balai Polis terbesar di situ.Tapak Pasar malam terbesar di Bandar ini juga jarak 100 meter sahaja.
Apa perlunya kedai arak di Bandar Sentosa yang majoritinya Melayu yang beragama Islam? Berapa kerat yang bukan Islam, dan berapa peratus dari bukan Islam yang minum arak? Sedangkan sebelum ini tidak kurang 4 restoran (dari kacamata teman) ada menjual minuman keras, tidak cukupkah.Kita tahu bukan Islam juga tidak suka minuman arak dan kenapa tiada pihak membantah pengujudan kedai ini?

Kedai Spirit World Enterprise ini nampaknya belum ada no pendaftaran syarikat, samada sedang dalam permohonan di Majlis Daerah Hulu Selangor atau kedai haram.
Insyallah kita yang beragama Islam perlu bantah.
No comments:
Post a Comment