Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 31, 2009

JANGAN BELI BUKU INI ! JIKA PEMBAZIRAN RM100 BILION DIANGGAP REMEH


Kecoh kununya buku-buku berkenaan penyelewengan Tun Mahathir cuma tektik nak melariskan penjualan buku Malaysian Maverick ini.Tidak lebih dari itu.Tak manasabah bila isinya mengandungi dakwaan penulis tentang penyelewengan Tun Mahathir sebanyak RM100 Bilion dianggap manasabah oleh seorang Perdana Menteri .

KUALA LUMPUR, 31 Dis - Taktik Kementerian Dalam Negeri (KDN) melewatkan kelulusan buku 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' dilihat sengaja memberikan publisiti lebih meluas kepada buku itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kelewatan kelulusan buku mantan perdana menteri itu seolah-olah sebuah konsert yang diadakan khas untuk menjadikan rakyat Malaysia semakin marah terhadap penyelewengan yang akan didedahkan dalam buku itu.
"Amat menarik apabila melihat seolah-olah ada pakatan di antara agensi-agensi kerajaan dan media-media pro-kerajaan untuk memberikan publisiti besar-besaran kepada buku itu," ulas Mahfuz dalam artikel 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times'.
Menulis di blognya Gema Suara, Mahfuz turut mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mempersoal atau menempelak tuduhan pengarang buku itu, Barry Wain yang berpangkalan di Singapura. Walhal, sebelum ini tidak ada kenyataan dari mana-mana pemimpin utama kerajaan Najib mempersoalkan hal itu.
"Apa yang berlaku itu menimbulkan persoalan adakah mereka mahu menggunakan kehebohan dan publisiti besar-besaran kepada buku untuk menutup mulut Dr. Mahathir yang tidak kelihatan mahu menghentikan kritikannya terhadap kepimpinan Najib dan Umno?" soal Mahfuz.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan kenyataan terbaru Dr. Mahathir yang berbaur kritikan terhadap pentadbiran Najib amat menjejaskan krebiliti Perdana Menteri itu. Sedangkan dalam masa yang sama jentera Umno sibuk berhempas pulas menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika Syarikat.
Antaranya, Mantan Perdana Menteri itu mempersoalkan tindakan kerajaan Najib memanggil balik wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna untuk disoal sokongan terhadap Amerika.
Malah, banyak lagi kenyataan Dr Mahathir yang menyusahkan Najib termasuk dalam isu liberalisasi ekonomi dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Persoalannya, adakah konsert media-media pro-kerajaan dan agensi-agensi kerajaan itu merupakan perancangan dan isyarat kepada Dr Mahathir supaya mengunci mulutnya?

"Jika tidak ada perancangan untuk memaksa Dr Mahathir menghentikan kritikannya terhadap kerajaan Najib, mengapa perlu ada konsert sedemikian?" soal Mahfuz lagi.

Najib juga ujar Mahfuz digesa menubuhkan segera suruhanjaya diraja seperti mana yang dicadangkan Dr. Mahathir bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

"Suruhanjaya itu mesti ditubuhkan segera dan kerajaan Najib juga hendaklah memastikan siasatan suruhanjaya itu tidak berakhir seperti seperti apa yang terjadi kepada suruhanjaya pita rakaman (Datuk VK) Lingam yang berakhir tanpa sebarang pendakwaan terhadap sesiapa pun," ujarnya.

No comments: