Sama ada ibu atau bapa mentua, tarafnya sama seperti bapa dan ibu kandung kita. Perkahwinan itu tidak sah dan jika mereka melakukan hubungan kelamin, hukumnya zina.“Mereka mesti berpisah dan duduk jauh antara satu sama lain,” kata Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad, mengulas pernikahan antara menantu dan bapa mentua yang dibongkar Pejabat Agama Daerah Sik di sebuah kampung di daerah ini, malam Selasa lalu.Muhammad Baderuddin berkata, hubungan antara menantu dan mentua tidak akan putus hingga ke akhirat meskipun anak mereka sudah meninggal dunia.“Saya terkejut kerana ada pihak yang tergamak berkahwin dengan saudara sendiri dan kejadian ini pertama kali saya dengar. “Sehubungan ini, saya menasihatkan umat Islam supaya mempunyai ilmu sebelum membuat sesuatu perkara terutama membabitkan agama,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Pejabat Agama Islam Daerah Sik, Syeikh Mohd Haizan Hamzah (gambar), berkata pasangan berkenaan dipanggil ke pejabat agama itu untuk diberi kaunseling dan nasihat.Katanya, berdasarkan soal siasat, pasangan itu mendakwa pernikahan berkenaan memudahkan mereka hidup bersama seterusnya menjaga anak.“Bapa mentua berkenaan mengakui suami menantunya adalah anak kandungnya dan selepas kematiannya tahun lalu, dia kerap menjenguk cucunya. Namun, kunjungan itu kata mereka menyebabkan penduduk kampung mempersoalkannya.“Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan bernikah di negara jiran dan ketika sesi kaunseling, mereka mengakui hidup seperti suami isteri,” katanya sambil menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment