KUALA LUMPUR: Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.
Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.
Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.
Menurut sumber, ketiga-tiga tertuduh sudah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan kes berkenaan.
Bagaimanapun, sebelum kes itu diputuskan, doktor berkenaan melarikan diri dan dipercayai sudah pulang ke tanah air.
Beliau berkata, rakannya yang berusia 40-an juga cuba melarikan diri menggunakan pasport palsu, kira-kira dua minggu lalu, tetapi dapat ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, lelaki itu masih ditahan pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut berhubung penggunaan dokumen palsu yang dipercayai dibekalkan satu sindiket.
"Dia ditahan ketika cuba meninggalkan Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah, akhir bulan lalu.
"Pihak berkuasa negara itu berasa pelik apabila menemui beberapa dokumen yang menunjukkan lelaki itu mempunyai identiti rakyat Malaysia, sedangkan dia mengemukakan pasport negara jiran.
"Dia ditahan apabila siasatan mendapati lelaki itu sebenarnya dalam jaminan mahkamah berhubung kes subahat khalwat," katanya.
Berikutan itu, lelaki berkenaan mungkin menghadapi satu lagi tuduhan, selain didakwa bersubahat dengan pasangan berkenaan.
Sementara itu, satu sumber lain berkata, kes doktor dan rakannya menggunakan pasport palsu untuk meninggalkan Arab Saudi adalah yang pertama dikesan pihak berkuasa negara itu membabitkan rakyat Malaysia.
"Kita percaya ada sindiket membekalkan pasport palsu dengan mengenakan bayaran sehingga mencecah lima angka," katanya
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
banyak rakyat malaysia mencari rezeki di negara2 arab.cuma sekarang terlalu banyak yang terkejut dengan pendapatan yang diterima jauh berbeza dari kita di sini.....hingga lupa siapa mereka dan apakah matlamat asal mereka.....itu belum lagi pendedahan yang serumah dengan warga2 lain....terlalu ramai yang dah lupa anak dan laki.....5 6 tahun saya di sana terlalu banyak yang saya saksikan.......
Ramai orang ingat , duduk di Arab Saudi pasti warak , semoga pendedahan itu dapat celikkan matahati setiap insan dan Kerajaan.
Post a Comment