Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 21, 2009

BANTAH SEKOLAH AGAMA SIS & SERATA DIAMBILALIH PUSAT

selamatkan sekolah izzuddin dan taayah

Kenyataan Media (18 Disember 2009)
SELAMATKAN SEKOLAH KAMI : SIS DAN SERATA DARI DITUKARMILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT
Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.
Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar. (klik tajuk diatas untuk bacaan seterusnya)
Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.
Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,
Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.
Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.

Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.
Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.
Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.
brigedakhdor: saya juga membantah keras tindakan krajaan haram BN nie ..sy sebagai salah seorang pelajar izzuddin tahun 1995-1997 begitu sedih dengan ketidak prihatinan krajaan haram perak nie untuk meneruskan kewibaan sekolah2 ini..sy akan turut menandatangi memorandum bantahan tersebut..

Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
yuzkskb@gmail.com
phone no : 017-4830965

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Teringat masa dulu dizaman remaja atau zaman budak-budak.Teman dengan geng teman telah mewakili kampong teman dalam perlawanan hoki dengan Sekolah agama Izuddin Shah ini.Tetapi asyik kalah je tak tahulah mengape.Tapi dalam hati teman ada kata kuat benor merekele walaupun asyik mengaji dan sembahyang pun boleh balun kami.Tetapi inilah sekolah kebanggan rakyat Perak khususnya orang melayu Islam Perak sejak dari teman kecil lagi.Temanpun tergila-gila untuk masuk sekolah ini tapi apakan daya teman tak layak.Teman berharap kerajaan negeri dan rakyat Perak jangan bagi pihak persekutuan mengambilnya ,lawan betul-betul macam mereka lawan geng kampong teman main hoki asyik kalah dibuatnya.