Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, December 20, 2009

KALAU DENGAR GURUH DI LANGIT TENTANG PAKATAN RAKYAT SEBELUM SUBUH SPRM DAH SAMPAI

Ini bukan air setempayan dicurahkan tapi injin bernilai RM50,000,000 (LIMA PULUH JUTA RINGGIT) telah dijual ke luar negara dan disedari secara sedar selepas 2 tahun. Di mana SPRM ni, kalau dah Polis dan tentera tak boleh selesaikan maka disinilah peranan SPRM hadir dengan segera menyiasat kalau tak boleh juga atau tak mampu maka tubuhlah Suruhan Jaya .Kalau kes berkaitan Pakatan Rakyat bila dengar saja ada musykil macam kes Dato Nik Aziz MB Kelantan ada berkaitan ditja pergi haji atau ada orang kata menantunya ada kaitan rasuah maka dengan pantas SPRM pagi-pagi lagi pegawainya dah sampai ke Kota Baru untuk menyiasat.

Enjin atau injin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia wajib bertanggungjawab keatas kehilangannya itu.Kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing sebagai kebocoran serius keselamatan negara, Ahli Parlimen Johari Abdul berkata, kesalahan tidak harus dibebankan pada bahu pegawai tentera semata-mata.
"Bukan pegawai kerajaan yang harus dipersalahkan, tetapi yang harus dipersalahkan ialah mereka yang menjaga polisi iaitu kabinet dan seluruh jawatankuasa kabinet," katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50,000,000 ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.
“Didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar,” katanya.
Zahid menambah sistem inventori pertahanan akan dirombak dengan serta-merta sebagai respon kepada kecurian ini.
Johari walaubagaimanapun menyeru satu siasatan terperinci dijalankan dengan hasil laporan siasatan itu diserahkan ke persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.
"Rombakan sahaja tidak mencukupi, kita mahu investigation dilakukan dan semua mesti dimaklumkan kepada parlimen. Dan kita pasti akan bertanyakan soalan ini dan seluruh pembangkang pasti akan mengupas isu ini secara halus," katanya.
Ahli Parlimen ini tidak yakin hanya empat suspek terlibat dalam kes penyeludupan aset tentera ini.

No comments: