12 November 2009
Perang Media Makin Panas - Ketua Pemuda, Ketua Kampung Berbalas Kenyataan Di Akhbar
Sehari selepas Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Labuan membuat kenyataan didada akhbar, hari ini Ketua Pemuda UMNO Labuan, Mohd Rafi sekali lagi memanggil media untuk membuat kenyataan. Antara intipati kenyataan beliau termasuklah;
- Pemangku Ketua Bahagian, Ketua Wanita, dan Ketua Puteri berada sama pihak dengan beliau ketika bersemuka dengan KSU, yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Dato Ahmad Phesal Talib.
- Malah Ketua Penerangan UMNO Labuan, KK Hj Alias Hussin juga dikatakan ada bersama, dan menyokong usul supaya Datuk Basiran dipindahkan serta merta.
- Mohd Rafi menyatakan KSU meminta tempoh selama tiga bulan untuk memindahkan Datuk Basiran keluar dari Labuan.
- Ketika ditanya KSU, Mohd Rafi berkata beliau adalah orang YB Datuk Yussof, dan menyatakan kepada Dato KSU bahawa YB Datuk Yussof juga meminta supaya Datuk Basiran dipindahkan.
- Perkara ini juga katanya suda dibawa kepada pengetahuan Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ketika mesyuarat perhubungan yang lepas, Tan Sri Muhyiddin sudah membuat keputusan bahawa Datuk Basiran akan dipindah keluar dari Perbadanan Labuan serta merta.
Walaubagaimanapun, KK Hj Alias menafikan perkara ini. Malah Ketua Puteri, Ketua Wanita juga menafikannya. UMNO Bahagian Labuan menafikan yang perkara ini adalah pendirian UMNO Bahagian, sebaliknya hanya pendirian Ketua Pemuda, Mohd Rafi secara peribadi.
11 November 2009
Perang Media - Ketua Pemuda UMNO Labuan vs Ketua-Ketua Kampung
Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Labuan kelmarin membuat kenyataan diakhbar bahawa mereka menyokong pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Basiran Saban dan meminta beliau mempertahankan jawatannya di sini, sehingga kontrak beliau tamat.
KK Alias Hussin, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Labuan agak terkilan dengan tingkah laku Ketua Pemuda UMNO Labuan membelakangkan UMNO Bahagian Labuan dalam hal ini, sebaliknya meminta UMNO Bahagian Putrajaya melalui Ketua Bahagiannya, Tengku Adnan Mansor untuk mengajukan aduan beliau pada Mesyuarat Perhubungan UMNO WP yang lepas.
Walaupun perkara ini tidak mengejutkan, kerana Mohd Rafi Alli Hassan sebelum ini pun berkempen merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pun melalui bantuan kem "sebelah", tetapi sepatutnya bila beliau suda termasuk dalam pasukan Bahagian, sepatutnya UMNO Bahagian patut diberi keutamaan terlebih dahulu, dibawa berbincang sebelum membuat apa apa tindakan. Kerana setiap tindakan yang beliau buat akan mencerminkan UMNO Bahagian Labuan itu sendiri.
Menurut KK Alias Hussin lagi, UMNO Bahagian Putrajaya tidak mempunyai asas untuk mencampuri hal ehwal di Labuan, apa lagi mengusulkan cadangan supaya KPE Perbadanan Labuan dipindah keluar dari pulau ini.
Hari ini, Mohd Rafi membuat kenyataan didada akhbar tempatan untuk mengukuhkan pendiriannya agar Datuk Basiran dipindah keluar dari Labuan dengan beralasan ianya untuk kepentingan warga Labuan itu sendiri.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum
Apakah dosa besar politik yang dilakukan oleh datuk basiran sehingga Ketua pemuda umno labuan meminta ia dipindahkan dan mengosong jawatan di Perbadanan labuan.Inilah patut didedahkan atau dikemukan oleh beliau untuk diketahui oleh penduduk labuan am nya dan bukan mencari persengketaan demi kepentingan diri.Jangan lupa orang yang dizalim selalu mendapat pembelaan.Oleh itu saya menyeru datuk Basiran teruskan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan mempamerkan sikap berani dan kejantangan.
Post a Comment