Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 19, 2009

SABAH GUNA ARANG BATU MACAM KEMBALI KE ZAMAN BATU

SABAH tidak memerlukan loji janakuasa arang batu sekalipun bekalan elektrik di Sabah meruncing, namun bukannya akibat krisis tenaga tetapi krisis dalaman kerana gagal mentadbir urus sumber tenaga elektrik dengan cekap, terutama memberi konsesi kepada Penjanakuasa Bebas (IPP) yang keterlaluan sehingga membebankan rakyat dan menyebabkan ketirisan yang gagal ditampal akibat skandal dan rasuah.
Demikian antara resolusi yang dicapai dalam Forum Khas yang dianjurkan Gabungan NGO di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu baru-baru ini yang dihadiri oleh lebih 1,500 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota polis cawangan khas yang memantau program berkenaan agar berjalan lancar dalam suasana terkawal kerana pada mulanya dijadualkan dirasmikan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Haji Kalbi namun pada saat akhir beliau menarik diri dan tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk merasmikan majlis berkenaan.
Majlis yang berjalan dalam suasana agak hambar dan tanpa sebarang kejutan bagaimanapun berjaya menimbulkan persoalan yang agak rumit untuk diselesaikan kerana masalah 'breakdown communication' antara pihak berkuasa dengan agensi pelaksana serta 'political will' yang agak malap.

Pengerusi Sepa, Wong Tack, berjaya menarik perhatian hadirin sekalipun tetamu yang hadir sering diganggu dengn pelbagai aksi oleh polis cawangan khas yang merakam gambar menggunakan telefon bimbit dan kamera, berhubung keperluan tenaga elektrik di Sabah.
"Sabah memerlukan 876 megawatt tenaga elektrik, namun permintaan tertinggi pada 2008 hanyalah 704 Megawatt. Bagi kawasan pantai timur Sabah hanya memerlukan 289 megawatt, namun SESB hanya dapat membekalkan 170 megawatt. Permintaan paling tinggi untuk bekalan elektrik hanya 192 megawatt. Ini bermakna kita kekurangan 30 megawatt sahaja. Jadi kenapa kita perlukan Loji Janakuasa Arang Batu yang mencemarkan ini?," tanya Wong Tack yang meyakini penambahan janakuasa konvensional atau peralihan kepada biomass mencukupi untuk menampung kekurangan 30 megawatt.
Tegas Wong Tack lagi, sehingga kini beberapa IPP di Sabah telah berjaya menjana dan membekalkan tenaga elektrik kepada SESB iaitu 1050 megawatt berdasarkan kapasiti berikut; Ranhill Powerton (gas) 190 megawatt; Kimanis (gas) 300 megawatt; Liwagu (hydro) 190 megawatt; Upperpadas (hydro) 190 megawatt; Biomass (EFB) Estimet 1800 megawatt (10%) 180 megawatt; tidak termasuk Bakun (Hydro).
"Masalah ini boleh diselesaikan oleh SESB sendiri jika kontrak IPP ditamatkan dan diganti dengan janakuasa biasa sementara mencari sumber alternatif seperti kuasa ombak, angin, solar dan sebagainya," ujar Wong Tack yang menegaskan bahawa Sabah tidak memerlukan loji janakuasa arang batu yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah menyebabkan malapetaka kepada manusia di masa hadapan.

No comments: