Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 19, 2009

PAKATAN RAKYAT PERLU DIPERHEBAT DI KALA MCA GOYAH DEK ONG TEE KEAT

Kemelut MCA semakin panas apabila sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai termasuk Ketua Pemuda dan Wanita digugurkan daripada menganggotai Majlis Presiden, berkuat kuasa serta-merta.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, ketika mengumumkan rombakan majlis berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) di sini semalam, menjelaskan tindakan itu dilakukan mengikut perlembagaan parti bagi mengukuhkan MCA.
Liow yang juga Naib Presiden MCA, bagaimanapun mendakwa Tee Keat mengamalkan politik ‘cantas dan hapus’ terhadap pemimpin yang tidak sehaluan dengannya dan menyifatkan keadaan parti itu kini seperti ‘keluarga sedang berperang’.
Mereka yang digugurkan ialah lima timbalan menteri termasuk Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.
Selain Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Chew (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), turut digugurkan Dr Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Kewangan), manakala empat lagi ialah Wong Nai Chee, Gan Hong Su, Lee Wei Kiat, Gan Ping Sieu.

No comments: