Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 11, 2009

PUJIAN UNTUK YB KHALID SAMAD AKUI KESILAPAN

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS.

Beliau yang kesal dengan kenyataan yang dilakukannya kerana mengesahkan kewujudan amalan Baiah cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS, bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan Baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, akhbar melaporkan bahawa Khalid yang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua wakil PAS sama ada Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), perlu membuat baiah atau sumpah taat setia akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Beliau bagaimanapun menggesa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau pada Ahad lepas yang menyebut bahawa terdapat isteri wakil rakyat PAS yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau (Zulkifli Noordin) tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," kata Khalid yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah...tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh melibatkan orang lain dalam perjanjian itu.

"PAS patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam PAS. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini memang dilakukan pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang melibatkan orang lain yang menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," kata beliau.

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Bagi mereka yang tidak pernah berbaiah atau tidak mahu berbaiah akan mempunyai perbedaan pandangan dan sikap serta kecederungan kemahuan diri dengan mereka yang berbaiah.Baiah adalah salah satu cara ikatan perjanjian yang mesti diikuti dan dihormati oleh dua belah pihak yang terlibat.Pelanggaran yang terjadi didalam satu-satu baiah akan membawa kesan yang besar kepada mereka yang menyalahinya.Pengisian baiah bergantung kepada keperluan dan keutamaan mengikuti realiti semasa serta mendapat persetujuan antara keduabelah pihak.Unsur-unsur paksaan didalamnya mungkin tiada kerana didalamnya lebih menekankan yang makruf,bukan yang mungkar.Baiah ini wujud atau berada didalam sesuatu kumpulan,golongan dan gerakan demi untuk mengelak perpecahan,kelemahan dan menjamin kekuatan.Salah faham akan berlaku akan baiah ini bagi mereka-mereka yang tidak mempunyai ilmu kepemimpinan dan keselamatan terutama dari sudut kepimpinan Islam.Bagi Pas bukan saja semata-mata parti politk tetapi lebih kepada satu gerakan islam yang menyambung perjuangan Islam dan hendak mertabatkan islam dibumi Malaysia ini.Oleh itu baiah yang dibuat oleh calun Pas yang akan menyertai pilihanraya adalah umpama panglima-panglima perang yang mengetuai angkatan perang didalam medan peperangan dan kalah menang adalah bergantung ditangan mereka insyaalah.Memandangkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka adalah besar serta dihubungkaitkan kemashalahan manusia dan dunia-akhirat.Maka sudah tentu pengisian-pengisian dan syarat-syarat dalam baiah adalah ketat dan merlukan pergorbanan.Pihak yang menimbulkan persaolan ini perlulah bertanya kepada pemimpin Pas dan ulamaknya serta hendaklah lebih memahami akan hal akan hukum Islam cerai/taqlik antara suami isteri yang boleh terjadi bukan sahaja didalam baiah yang dimaksudkannya.

sekian dari ana