Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 11, 2009

MEMANG WAJAR BN BUANG MUSA AMAN(KALAU BOLEH MUSA HASAN SEKALI) DAN CALONKAN SHAFIE AGAR POLITIK WP & SABAH AMAN

Komen Harus satu pilihanraya kecil yang penting akan berlaku di Sabah.
Dengan kekalutan dan pergolakan senyap UMNO Wilayah Persekutuan (yang dikaitkan dengan pemainan Shafie) dan persediaan BN Serawak dengan membuat rombakan kecil maka Sabah dijangka mengorak langkah proaktif tanpa memikirkan kesan negatif ingin menukarkan Musa Aman yang bermasalah demi mencapai kejayaan PRU13 nanti.

Penulis ini menjangkakan satu pilihanraya kecil akan di adakan di Sabah dalam beberapa waktu terdekat ini menjelang rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan disingkir daripada Kabinet Malaysia bagi memberikan beliau peluang untuk kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dalam perbicaraan kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Mahkamah Tinggi Hong Kong kelmarin, seorang saksi utama menyebut nama seorang VVIP daripada Sabah sebagai pemilik wang $16 Juta Dolar Singapura yang cuba di seludup keluar Michael Chia Tien Foh daripada Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Nama saksi berkenaan terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan, namun dengan penglibatan VVIP berkenaan dalam kes jenayah terancang antarabangsa yang sedang dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) sejak tiga tahun lalu, akan menyebabkan Perdana Menteri terpaksa melakukan beberapa rombakan Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri Sabah.

Saksi berkenaan telah mengesahkan bahawa wang yang diseludup keluar adalah milik VVIP berkenaan dan bukannya milik Michael Chia.

Memandangkan kes tersebut telah bocor di peringkat dunia dan mencemarkan imej Malaysia, maka VVIP berkenaan dipaksa berundur atau meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada tokoh lain. Antara tokoh yang disebut-sebut ialah Datuk Shafie Apdal, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Rahim Ismail.

Walau bagaimana pun jangkaan ini adalah dari pandangan umum, dan mungkin juga kerana terpaksa atau mengikut perlembagaan segala kemungkinan akan berlaku.
- Oleh: HAFIZ JAMAIL/Sabah

No comments: