
Projek pendek akal ini dibuat semasa zaman BN perintah Selangor di bawah MBnya Dr Khir Toyo.Projek ini adalah pembesaran jalan dari pejabat tanah Gombak melalui taman golf templer sehingga jambatan di Taman Templer.Entah macam mana projek ini tersangkut sampai jambatan yang ada laluan 2 lane kedua arah.Lepas jambatan hanya pembesaran jalan 2 lane satu arah dari jambatan ke Taman Komanwel sahaja.

Yang pelik,projek ini macam tiada tempoh tamat ,walaupun tempoh yang tertera di tepi jalan dah lama tamat.

Jika projek ini dah siap ,tolonglah kemaskan .Seolah-olah pembaikian jalan sentisa ada bertahun-tahun lamanya.

Hari-hari teman lalu laluan ini, asyik sesak macam lalu leher botol(bottle neck) .Lepas taman Komanwell teman akan lalu Stesyen Petronas dan lepas tu teman akan lalu Pasaraya Tesco yang sedang dibina yang dijangka akan menambah sesak lagi jalan dengan kenderaan.


Pihak PBT dah jadi batu macam gambar di bawah ni ke? Mentang-mentanglah semua Yang Dipertua Majlis di Negeri Selangor masih orang kuat UMNO/BN.Itu gara-gara nak rosakkan imej dan reputasi Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sekarang.
No comments:
Post a Comment