
Pasar ini biasanya dibuka pagi sehingga 12 tengahhari sehingga stok habis dan bergantung pada peniaga di dalamnya.

Sambutan ramai dan penduduk di Bandar Bukit Sentosa dan sekitar Bukit Sentosa 2 dan Bukit Beruntung akan datang membeli-belah di sini.

Malangnya ada jerangkap samar yang menanti mangsa bila-bila sahaja.Kenapa tiada tindakan dari pelanggan pasar yang datang?Ataupun dari peniaga sendiri atau pehak Majlis Daerah Hulu Selangor?

Kalau terpelosok kaki kan naya, budak kecil boleh masuk terus lubang ini hingga ke longkang.Motorsikal pun boleh terperosok kalau leka melalui jalan ini.Sebenarnya ini adalah jalan utama masuk ke pasar ini.Adakah berkait dengan kecurian besi untuk dijual barang lupus?
No comments:
Post a Comment