Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 20, 2009

MENDEPANI MEHNAH & FITNAH

Mendepani Mehnah & Fitnah.....

Salam Tanah Anbiya'

Mehnah & fitnah merupakan suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan manunsia yang penuh kelemahan dan kekurangan.Lebih-lebih lagi sebagai sbagai pelajar Islam dan pejuang Islam.Memerhati perjalanan hidup di Mesir dan situasi politik yang tidak menentu di Malaysia,maka kedua perkara ini,mehnah dan fitnah menjerut kita dan lebih dekat dengan kita

Di Malaysia,fitnah dan mehnah sekarang melanda jemaah Islam dan Pakatan Rakyat. Lepas satu hal,satu hal timbul membadai.Dari kejatuhan Kerajaan Perak kepada isu pemerkasaan Pas, teguran TGNA dan isu baiah .Semua ini berlaku apabila ketidakcermatan pimpinan menangani isu ini secara hikmah dan tuntas.Maka polimek berlegar dalam blog-blog yang sebelum ni mendokong kita sebelum ni telah menghentam kita balik.Contohnya isu baiah,sepatutnya isu ni tidak diluahkan di khalayak umum yg memungkinkan berlaku polemik dan fitnah yg kadang-kdang tidak terkawal.Walaupun isu ini berjaya ditangani secara separuh masak,namun ini isu ni hampir mnjatuhkan kredibiliti jemaah di mata masyarkat.Oleh itu,saya menyeru pimpinan agar menangani isu ini secara cermat dan berhemah dan mendepani mehnah dan fitnah secara matang dan bijaksana.
Media baru yang tumbuh bak cendewan tumbuh selepas hujan kadang-kadang menjadi pembantu dan ia juga menjadi pemusnah kpada jemaah.Oleh itu pengukuhan jemaah dengan tarbiah di kalangan pimpinan dan akar umbi harus dilipat gandakan lagi demi melahirkan amilin yg ikhlas membantu kemenangan, dan bukannya menjadi api dalam sekam kepada jemaah.

Saya juga berasa marah dengan tindak-tanduk Malaysian Student Department(MSD) atau Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) terhadap sabotaj dan kempen memburukkan PMRAM ketika tindakan mereka menghantar surat kepada Syeikhul Azhar supaya tidak membenarkan PMRAM mengunakan Pusat Konvensyen Al Azhar untuk tujuan Progran Kuttub Sittah tempoh hari.Walaupun bantahan dikemukan kepada pihak terbabit,namun tidak ada respon yg tuntas ditunjukkan oleh Pengarah JPMK,Prof Madya Dr Jamil Hashim dan MSD sendiri.Oleh Desak,satu jawatankuasa diketuai Ustaz Adnan bin Wazir telah menghantar tiga tuntutan kepada JPMK.Namun tuntutan ini masih belum di tunaikan sehingga saat nukilan ini di tulis.

Akhirnya,Dewan Pemuda Pas Pusat melalui Ketuanya,Ustaz Nasruddin bin Hassan At Tantawi mengecam tindakan jakun JPMK dan Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar-Baharu,Zulkifli Noordin membangkitkan isu ini di parlimen.Saya harap pihak pimpinan PMRAM brsabar dalm menghadapi mehnah dan fitnah yang jahat lagi jakun ini.Semoga Allah membuka hati JPMK dan melakukan apa yg patut bagi membersihkan nama PMRAM di mata Al Azhar dan Syeikh Al Azhar...

nasr city
29 zulkaedah 1430

No comments: