Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, November 20, 2009
FAKTA BUTA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Pada 19 Oktober 2009, YB Tekhee @ Toko anak Lafe (Mas Gading) telah bertanyakan soalan lisan di mana beliau meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjawab kepada soalan beliau berkenaan pengusaha ladang dan estet yang bergantung kepada industri perladangan dan upah yang diperolehi oleh pekerja.
Menteri Perusahaan dan Komoditi pula menjawab bahawa Pekerja Ladang di Malaysia rata-ratanya menerima gaji bulanan antara RM 870 - RM1700, iaitu lebih tinggi dari garis kemiskinan luar Bandar peringkat nasional sebanyak RM 720 sebulan.
Menteri dengan segala imuniti di Parlimen terus mendakwa secara bertulis bahawa penoreh getah menerima RM 870. Manakala pekerja buah kelapa sawit menerima RM 1700.
Ini adalah satu penipuan yang besar di Parlimen. Kenyataan bahawa pekerja ladang mendapat sehingga RM 1700 gaji sebulan adalah satu yang tidak boleh diterima kerana:
1. Ia adalah fakta yang salah dan mengelirukan (misleading)
2. Ia berniat jahat kerana ini akan menyebabkan Masyarakat pekerja ladang tidak mendapat faedah dari kerajaan kerana mereka di luar garis kemiskinan.
Satu kajian serta-merta yang dilakukan oleh kami di beberapa ladang di Selangor dan Perak untuk menyemak kenyataan Menteri di Parlimen ini telah menimbulkan rasa marah dan terperanjat di kalangan pekerja ladang.
Kajian serta merta kami menunjukkan rata-rata penoreh getah, pemotong buah kelapa sawit dan buruh kasar di ladang mendapat gaji kurang daripada RM700 dan di bawah garis kemiskinan RM 720. Ini jelas menunjukkan data dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah satu penipuan besar dan menutup masalah sebenar pekerja ladang yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) sebuah gabungan di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) membidas Menteri kerana tidak bertanggungjawab dan gagal membela kaum pekerja ladang yang telah dikategorikan sebagai masyarakat miskin sejak pengubalan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment