Kerabat Arab Beri RM7 Juta Hargai Kejujuran Rosmah
PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.
Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.
Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.
Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.
Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.
"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.
Menurutnya dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.
"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.
Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.
"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.
Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek.
-- BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hahahhahaa .... cerita kat budak PASTI pun dia tak percaya, "kiamat 8 kali pun, adik tak percaya"
story of the year. cerita buku komik bolehlah. rosmah jangan buat lawak duit itu hang balas kat mana ?
fuhh....sewa bot setaraf dengan putera arab..banyak kaya atau pelingkup duit rakyat
salam balas kunjung
kenapa jika setiap kebaikan yg dilakukan itu diterjemahkan sebagai jahat ? ini yg ana paling tidak suka dengan sikap segelintir dari kita. belum tahu hitam putih, terus tembak. ana rasa, atas dasar islam, kita boleh bersatu, namun jika didasarkan kepada idealogi politk, mungkin tidak. tkasih.
rosmah please declare to us which particular prince his contact no. and address.one lie too many,how to believe?altantuya came to collect her dues,entered malaysia evidence of entry disappeared ,found dead in malaysia.its high time that all ministers and their spouses declared whose money they are spending for holidays.all these years the rakyat have to pay for all their expenses holidaying in luxury.inilah ketuanan melayu,ketuanan kepala penyamun.
Post a Comment