Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 9, 2009

TRGEDI BUAH EPAL?


Kes Tragedi Berdarah Batu Burok di Tangguh

Kita sebagai rakyat biasa dan blogger biasa ni hanya membaca ,mengikuti dan melihat dan mendengar sahaja bagaimana kes mahkamah yang biasanya 90% akan dimenangi dipihak yang ditindas(didakwa) kerajaan BN.
Bn akan cuba sedaya upaya yang 10% dipihak mereka akan menjadi sekurang-kuran 51% dengan tektik menangguh dan menangguh perbicaraan atau melambat-lambatkan perbicaraan sehingga mereka dapat menjumpai atau mencipta jalan untuk mendapatkan kemenangan walaupun rakyat nampak penipuannya.
Kita dapat lihat bagaimana keputusan yang dah sampai masa diumumkan seperti kes penentuan sah Menteri Besar Perak telah ditangguh tanpa ditentukan tarikh bila.Ini kelihatan seolah-olah mahkamah hilang punca untuk membuat keputusan.
begitu juga kes Anwar Ibrahim yang hanya mahu bukti dari pihak pendakwa dapat diperiksa balas dinafikan dan akhirnya Anwar Ibrahim diburukkan seolah-olah beliau yang melambatkan perbicaraan.
Kes suwandi dan Azman juga mendapat nasib serupa.Bagaimanapun teman harap rakyat jangan lupa rentetan kisah kes-kes tersebut sebelum dan selepas agar kita tidak mudah dipermainkan dengan media BN dan blog mereka.

KUALA TERENGGANU – Kes Azman dan Suwandi yang sepatutnya dibuka untuk perbicaraan pada hari ahad 8 November di mahkamah sesyen disini, ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Penasihat Lajnah Guaman PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditemui di Majlis Makan Malam DUN Alor Limbat di sebuah restoran disini semalam.
Pada 9 Disember tahun lalu, kedua-dua mereka telah dituduh oleh pandakwaraya menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok di sini 8 September 2007.
Sebaliknya, kedua-dua mereka, Muhammad Azman Abd. Aziz, 21, dari Pasir Panjang dan Suwandi Ab. Ghani, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang, yang cedera selepas ’ditembak’ oleh pihak polis dalam ’tragedi berdarah’ tersebut.
Untuk mengimbas kembali tragedi yang menyayat hati itu, ia boleh dilayari dari :

http://insidenbatuburuk.blogspot.com/
http://tragedibatuburok.blogspot.com/

No comments: