Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 4, 2009

CEO DITUKAR GARA-GARA KETUA PEMUDA UMNO DAPAT PROJEK CIPUT


Maklumat diperolehi oleh LabuanKini bila menerima maklumat berkenaan satu mesyuarat tergempar telah diadakan di kediaman Ketua Bahagian UMNO Labuan pada 30 Oktober lepas.
Turut dilihat hadir antaranya, Timbalan Ketua Bahagian yang juga Pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Yunus Kurus,Naib Ketua Bahagian, Tn. Hj. Bashir Alias, Ketua Wanita, Ketua Puteri, AJK-AJK Bahagian dan ketua-ketua Kampung.

Antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai hasrat UMNO Wilayah Persekutuan agar Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Basiran Saban dipindah keluar dari Labuan dengan serta-merta. Perkara berikut timbul berikutan aduan Ketua Pemuda UMNO Labuan, En. Rafi Ali Hassan kepada kementerian mengenai Datuk Basiran.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Yunus Kurus yang turut hadir ketika 13 UMNO Bahagian di WP juga tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan perkara ini. Ini dianggap memalukan kerana seolah-olah UMNO Labuan tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa Dato Suhaili.
"Pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan sepatutnya memberikan input ketika mesyuarat 13 Bahagian diadakan, kerana ianya membabitkan isu yang terjadi di Labuan.
Penjelasan mengenai aduan tersebut patut dibuat, kerana aduan mengenai Datuk Basiran ke kementerian itu lahir daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian projek Perbadanan Labuan, membabitkan segelintir kontraktor-kontraktor di Labuan, saya percaya orang yang membuat aduan itu pun dapat juga projek, malah lebih daripada satu syarikat, ulasan seorang AJK UMNO Bahagian ketika ditanya LabuanKini.

Difahamkan UMNO Bahagian Labuan sudah membuat tindakan susulan mengenai perkara ini, termasuk membawanya keperhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments: