Teman dan rakan seperjuangan di Bukit Sentosa 2 terutam yang dari Klate memeng tak setuju dan mengutuk PM atas pengeliruan makna dan tuntutan wang royalti minyak Negeri Kelantan.Apa yang berlaku di terengganu hendak dimainkan semula di Kelantan.
Namun kenyataan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Pusat akan menyalurkan wang royalti minyak kepada Kelantan harus disambut baik oleh rakyat Kelantan dan Malaysia.
Najib dalam jawapannya di Parlimen hari ini menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan. Namun penggunaan istilah wang ehsan memberikan sedikit kebimbangan kepada saya dan tentunya rakyat Kelantan.
Ingatlah istilah wang royalti dengan wang ehsan sangat jauh makna dan perlaksanaanya.Jika ianya wang ehsan maka kerajaan pusat berhak memberikan jumlahnya sesuka hati sahaja sedangkan peratusan royalti sudah jelas dinyatakan dalam perjanjian bertulis dahulu lagi.
Jadi janganlah kerajaan pusat cuba menipu rakyat dengan istilah wang ehsan dan istilah-istilah lain yang mengelirukan.
Adalah diharapkan wang royalti itu dapat diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut jadual dan amaun yang betul termasuk royalti tertunggak sejak beberapa tahun lalu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment