Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 20, 2009

BUKAN RAHSIA LAGI RAKYAT MALAYSIA SUMBANG RM293,000 SETAHUN KEPADA NEGARA CANADA ?


KEMEWAHAN hidup bapanya menyebabkan Jamilah Hamidah mewarisi legasi Taib Mahmud yang dilaporkan sebagai manusia terkaya di Sarawak, untuk memiliki sebuah rumah yang kedua termahal di Ottawa, Kanada.
Rumah yang terletak di 688 Manor Avenue, Rockcliffe Park yang disiapkan tahun lalu bernilai C$9,609,000 atau RM28.3 juta menduduki tangga kedua daripada 25 buah rumah termahal di Ottawa apatah lagi taksiran cukai pihak berkuasa tempatan sejumlah C$100,000 atau RM293,000 setahun.
Rumah milik anak Ketua Menteri Sarawak ini dibina oleh suami Jamilah sendiri, Sean Murray seorang pemaju perumahan di Ottawa disenaraikan sebagai kedua termahal selepas rumah Marlen dan Michael Cowpland yang ditaksirkan bernilai C$12,535,000 atau RM36.8 million.
Mengikut laporan Malaysiakini, Jamilah merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Konglomerat ternama di Sarawak iaitu Cahaya Mata Sarawak dengan nilai pegangan sebanyak 13.64%.

1 comment:

Unknown said...

Rakyat yang bodoh akan selalu di perbodohkan oleh pemimpin yang pandai
(menipu)
Teringat sebuah sajak yg pernah di bacakan oleh saudara Pyan Habib berjudul
"Bapaku Seorang YB di negara demokrasi'
Bapaku pandai,
putar belit kata-kata,
Bapaku pintar ,
Slongkap duit koperasi...