Kabinet bersetuju merombak semula kurikulum Biro Tata Negara (BTN) supaya lebih inklusif dan tidak membelah bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu dalam usaha memastikan kursus BTN tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.
“BTN adalah jabatan yang baik tapi kita kena tukar kurikulumnya kerana sekarang (konsep) 1Malaysia.
“Pada saya, kurikulum yang ada tidak selaras dengan apa yang Perdana Menteri mahukan dan jika kita bercakap berhubung integrasi kaum, tidak boleh hanya satu kaum yang menghadiri kursus itu, sebaliknya kaum lain juga dijemput,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Nazri berkata, beliau percaya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sudah mengarahkan BTN untuk membuat rombakan itu.
Minggu lalu, kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuatkuasa serta-merta.
Arahan itu dikeluarkan kerana BTN didakwa sekadar ’sesi membasuh otak’ yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi kebaikan kepada peserta dan mendakwa menjadi tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan rakyat. -BH
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kesian.. lagu anak kecil main api akan dimaansuhkan. Lagu apa pulok ya.
Mungkin lagu Inul Gerudi kut. Malam raya eidul adha inul ada kat kl buat persembahan.
Post a Comment