RM20 bilion pelaburan bangunkan Kelantan
KOTA BHARU - Seramai lapan ahli rombongan syarikat swasta dari China mengadakan pertemuan khas dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan pelaburan sebanyak RM20 bilion untuk membangunkan negeri ini.
Rakan kerjasama tempatan mereka, Datuk Seri Ibrahim Ismail berkata, dalam pertemuan itu, pelabur bersetuju untuk menampung mana-mana sektor yang memerlukan peruntukan besar terutamanya bidang pertanian, pelancongan, pembangunan dan perkilangan.
”Buat masa sekarang, kita memfokuskan kepada mana-mana projek mega yang terbengkalai dahulu kerana matlamat utama kita adalah untuk membawa masuk sumber kewangan yang kukuh bagi menampung keperluan pembangunan negeri ini.
”Dalam masa sama kita juga ingin membantu pihak kerajaan dalam memberi kemudahan terbaik kepada rakyat Kelantan dengan pelaksanaan projek-projek berkaitan,” katanya.
Antara syarikat China yang terlibat adalah China Railway Construction Corporation (CRCC), China Metallurgical Group Corporation (MCC), Zi Jin Mining Group Company Limited, Shanghai Waigaoqiao Shipbuilding Corporation, Xinxing Ductile Iron Pipes Group dan beberapa lagi syarikat lain yang diketuai wakil syarikat China Ltd, Boon Szi.Ibrahim berkata, dengan kepakaran yang ada pada semua syarikat berkenaan, adalah peluang terbaik kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula mana-mana sektor berkaitan melalui pelaburan berkenaan.
Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Internasional Ship Industry Sdn Bhd berkata, rakan kongsinya yakin dengan sikap keterbukaan pemimpin Kerajaan Negeri ini bagi membuka ruang kepada pelaburan luar itu demi kebaikan semua pihak terutamanya rakyat Kelantan sendiri.
”Kita berterima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana sudi mendengar sendiri taklimat yang ingin disampaikan berkaitan pelaburan di negeri ini dan berharap kerjasama ini akan membuka lembaran baru kepada pembangunan Negeri Kelantan kelak,” katanya.
Beliau berkata, antara projek terbengkalai yang berada dalam cadangan dan rundingan adalah pembangunan Bandar Baru Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang, Tunjung serta sektor pelancongan yang belum diterokai.
”Dalam masa sama juga syarikat berkaitan akan membawa teknologi berkaitan tanaman padi empat kali setahun dengan memperkenalkan teknologi terbaru mengelak serangan penyakit,”katanya.
Hadir sama pada taklimat berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknogi, Che Abdullah Md Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah. - Sinar Harian
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum
Mintak Tok Guru majukan sama pantai Sri Puteh yg terletak dalam parlimen Tumpat..ada potensi utk maju seperti Batu Ferrenghi di Penang malah saya yakin boleh maju lebih dari Bt. Ferrenghi sebab kawasan pantai yg panjang dan luas.Konsep perlancongan boleh berasaskan perlancongan Islamik mengambil konsep perlancongan dan perhotelan di Dubai..Saya syorkan Kelantan diperkenalkan di dunia Islam sebagai New Dubai of South East Asia!!Insyallah potensi Kelantan amat tinggi dengan sokongan pelabur China dan Arab..oelh sebab Dubai pun alami krisis sekarang..inilah peluang bagi Kelantan utk menganti tempat Dubai!!Harap PAS Kelantan boleh take note!!
untuk PAKATAN..sudah tiba masanya tubuhkan PAKATAN ECONOMIC COUNCIL utk bantu negeri2 PR tarik pelabur asing!sudahlah2 politik memperlecehkan diri sendiri dlm semua parti kompenan PR..Sudah tiba masanya PR tunjukkan potensi sebenar sebagai bakal pemerintah kepada seluruh rakyat Malaysia especially rakyat Sabah dan Sarawak!!
assalamualaikum
Faktor-faktor pengeluaran adalah memainkan peranan yang penting dalam kestabilan ekonomi kapitalis dan penentu penawaran dan permintaan bagi sesuatu ekonomi.Pelaburan yang dibuat adalah bergantung kepada faktor-faktor pengeluaran ini.Antaranya ialah modal.Modal yang wujud dalam ekonomi Kelantan ialah ketelusan pentadbiran dan pimpinan dan pusingan kewangannya stabil mengikut indek kestabilan kewangan di Malaysia.Ini lah tarikan pertama dan utama bagi pelabur yang ingin melabur dan mendapat keutungan dan mengurang risiko perniagaan.Penerapan keadilan Islam didalam sosio budayanya menjadi pemangkin dan foundation yang hebat untuk para pelabur mencari laba dan landmark untuk mereka bagi jangka masa panjang.
Post a Comment