Teman komen dulu : Pasal projek BN memang pandang ke depan,mcm projek Iskandar Johor baharu sibuk ambil hati Peniaga Singapura sampai pulau Batu Putih tergadai dan kes harga air yang dibekal ke Singapura masih termurah didunia dan dibeli kembali oleh Johor dengan harga mahal.
Pandangan jauh, menjangkaui masa adalah penting. Tiada siapa menafikannya. Orang yang berjaya ialah orang yang memandang jauh ke depan. Namun, bukan dalam semua situasi. Dalam situasi tertentu kita tidak boleh memandang terlalu jauh kerana akan terlepas pandang benda-benda berharga yang berada berdekatan kita.
Ramai dah sedar kita mesti ada pandangan jauh ke depan. Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang pemimpin yang memandang jauh ke depan. Pemimpin begini dikatakan ada karisma, ada wawasan. Wawasan 2020 dan dasar 70 juta penduduk adalah bukti pandangan jauh beliau.Tapi beliau terlalu pandang jauh sampai kena kecing dengan ahli kabinetnya sendiri seperti kes saham anak & AP Tan Sri Rafidah Aziz dan kena hentam Tan Sri Nazri Aziz.
Orang yang berjalan di dalam hutan, kekadang terlalu memandang ke depan menyebabkan muka tergores ranting yang terjuntai di depan mata. Orang yang berjalan di jalan rata adakala tersepak batu di hujung kaki kerana mata tertancap ke jauh ke depan. Sesiapa yang pernah terpijak kaca tahulah bahawa puncanya kerana mata tidak melihat di depan kaki.
Kita selalu bimbang rumah kita dimasuki pencuri sewaktu kita ke pejabat lalu mengharapkan jiran tolong menjaganya. Namun, kita jarang terfikir bahawa pencuri yang membimbangkan kita berada di rumah jiran kita. Kita terlalu menyanjung sahabat yang berada di kejauhan. Sahabat di depan rumah, kita kurang hargai. Sedangkan apabila sakit demam pada waktu malam sahabat paling dekat sampai dulu.
Banyak benda yang berharga yang terlepas dari mata kita kerana pandangan kita terlalu jauh ke depan. Jarang ada orang nampak duit di tanah terbiar di depan kampung sendiri. Akan tetapi ramai yang nampak duit di kebun mangga di depan kampung orang lain. Seandainya ada orang luar mengusahakan tanah terbiar itu barulah kita nampak duitnya. Kurang ada orang melihat keindahan di depan tangga rumahnya, tetapi ramai yang terpegun melihat keindahan pokok-pokok bunga di depan tangga orang lain. Sedangkan depan tangga kita pun akan indah sekiranya ditanam dengan pokok-pokok bunga.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Setuju!!!! Bagus kata-kata tu...
Post a Comment