Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, October 13, 2009
MENUNGGU DETIK 12 MALAM ?
Akhirnya PLUS galakkan rakyat Malaysia gunakan lebuhraya pada waktu 12 malam hingga 7 pagi.Sedemikian maka ramailah mungkin serentak mereka memenuhi lebuhraya pada waktu tersebut.Ada kes ,banyak kenderaan yang awal sampai di pintu tol sebelum 12 malam telah beratur menunggukan detik 12 malam.
Sempena perayaan Deepavali, diskaun sehingga 20 peratus akan dinikmati oleh kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE untuk tempoh 14 hingga 16 Oktober dan 19 hingga 21 Oktober dan 21 Oktober antara jam 12 malam hingga 7 pagi.
Pengarah Urusan PLUS Expressway Berhad Noorizah Abd Hamid berkata diskaun tersebut adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus sedia ada yang kini dinikmati pengguna di keduadua lebuhraya tersebut di luar waktu puncak setiap hari.
"Diskaun ini merupakan sebahagian daripada Program Intensif Perjalanan (PTI) PLUS untuk menghargai pengguna lebuhraya terutama di musim perayaan.
"Ia juga bertujuan mengagihkan aliran trafik ke waktuwaktu di luar waktu puncak sekaligus membolehkan pengguna menikmati perjalanan yang lancar dan selesa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyarankan pengguna menggunakan kad PLUSMiles Touch 'n' Go bagi melancarkan laluan di plaza tol di samping menikmati ganjaran rebat tol, diskaun dan pelbagai keistimewaan lain.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-00-00 yang beroprasi 24 jam setiap hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment