Komen : Apakejadahnya bila Universiti Malaya jadikan ahli politik merasmikan program dalam Universiti.Habistu, kalau Menteri Pelajaran & Timbalan Pelajaran bukan ahli politik ke? Di mana penhayatan UM pada saranan PM berkenaan 1Malaysia ?
Sedangkan PM dalam usaha mewarkan hak dan kepeluan 3 bangsa utama Melayu,China dan India adalah sama maka tidakkah Universitu Malaya yang banyak lahirkan ahli intelektual boleh pandang ke belakang? Ahli politi adalah dipilih oleh rakyat kenapa dibezakan dengan ahli politik pemerintah.Marahke ? bila 4 negeri telah di rampas dan ditadbir dengan baik oleh Pakatan Rakyat?
Enam(6) orang pemimpin Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) telah didakwa ekoran menjemput Adun Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Wong Nai Chee sebagai panel Hakim dalam suatu pertandingan debat rasmi Universiti.
HEPA Isnin lalu menangguhkan prosiding semua OKT secara tergesa-gesa, tanpa menjelaskan alasan yang munasabah.
Pendakwaan ke atas lapan OKT tersebut jika tidak diselesaikan secara profesional, bukan sahaja mengakibat HEPA dilihat tidak profesional; malah Universiti Malaya yang sudah pun menjadi simbol tradisi kecemerlangan Malaysia juga terpalitkan oleh pelbagai label buruk kelak.
Walaubagaimanapun (2)Dua dari lapan pemimpin mahasiswa yang dituduh bersalah membawa masuk ahli politik dalam suatu program rasmi Universiti Malaya, memberi jaminan untuk menghadiri prosiding Selasa depan, demi menjaga nama baik universiti berkenaan.
Haafizuddin dan Abu Ubaidah didakwa membawa Nik Nazmi merasmikan program rasmi universiti.
"HEP sudah buat benda (tindakan) bodoh, sia-sia dan langsung tidak angkat intelektual mahasiswa apabila panggil semula saya Selasa depan, tapi saya tetap akan hadir kerana menjaga nama Universiti Malaya,"tegas Muhammad Haafizuddin Abererah,24,ketika dihubungi semalam.
Menurut bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMiUM) itu lagi, perbicaraan tersebut bakal disaksikan dan ditertawakan oleh masyarakat, kerana tindak-tanduk Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menipu mahasiswa sebelum ini telah pun dilaporkan beberapa media arus perdana.
Beliau yang juga Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang, berharap HEPA tidak lagi mengulangi amalan tidak profesional lalu kerana beliau sudah pun mengambil cuti kecemasan untuk menghadiri prosiding itu.
Ujarnya lagi, universiti seharusnya menggalakkan perkembangan intelektual dengan menggalakkan kebebasan akademik dan universiti autonomi dalam kalangan mahasiswa kelak.
Dalam perkembangan berkaitan,Adun Seri Setia,Nik Nazmi Nik Ahmad, individu yang merasmikan Muktamar Tahunan PMiUM Mac lepas turut melahirkan rasa kecewa atas dakwaan yang dikenakan ke atas semua OKT terbabit, kerana masa prosiding menjelang musim peperiksaan akhir semester.
"Tindakan yang dilakukan pentadbiran Universiti...mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi di ambang peperiksaan universiti,"ulas beliau dalam blog peribadinya,niknazmi.com.
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik bagi Menteri Besar Selangor berpendapat, tindakan HEPA tersebut bertentangan dengan semangat kebebasan akademik dan hak berpersatuan.
Ujarnya, dakwaan ke atas semua OKT terbabit secara tidak langsung memberikan tanggapan tidak baik kepadanya.
"...sentimen ini adalah meleset apabila universiti lain bersedia untuk menerima kehadiran saya untuk memberi ucapan dengan tangan terbuka termasuklah Universiti California di Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Essex dan The School of Oriental and Asian Studies, London, selain IPT Unisel dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,"jelasnya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment