Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 15, 2009

BLOG PEJUANG PENEROKA FELDA JANGAN ABAIKAN DAKWAAN INI


peneroka protes dakwa Felda tidak tunai janji
Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan.


Peneroka yang juga merupakan jurucakap perhimpunan itu, Abd Rahman Ramli berkata, kehadiran kira-kira 300 peneroka di Pejabat Felda Raja Alias 4 bukanlah untuk menunjukkan sikap kurang ajar tetapi hanya menuntut hak sewajarnya yang dijanjikan kepada mereka.

Menurutnya, penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.

“Kami sebenarnya ingin menuntut hak yang sepatutnya dapat kerana setiap hasil jualan kayu getah itu adalah daripada tanah-tanah kami.

“Kami mendapat tahu bahawa pihak kontraktor sudah membuat pembayaran atas semua hasil penebangan kayu getah kepada Felda Raja Alias 4 pada September lalu,” katanya.

Rahman berkata, kekecewaan peneroka kerana mereka diperlakukan seperti menagih sesuatu yang tiada penghujungnya daripada Felda.

“Ini kerana Felda berjanji akan membayar pada satu-satu masa yang ditetapkan tetapi apabila tiba pada hari pembayaran,a peneroka masih tidak merasai sebarang pembayaran.

“Sepatutnya pembayaran sudah boleh dilakukan pada masa ini kerana kami semua dijanjikan akan menerima pembayaran sebelum hari raya lepas tetapi sehingga ke hari ini, masih belum menerima,” katanya.

Katanya. peneroka yang menerima hanyalah segelintir, itu pun pembayarannya tidak penuh dan berasa musykil ke mana perginya sejumlah wang sebanyak lebih kurang RM4.8 juta untuk diagihkan mengikut ekar tanah penebangan masing-masing tetapi masih tidak diterima hingga ke hari ini.

“Terdapat seperkara lagi yang membuatkan peneroka ini berasa tidak puas hati terhadap cara pengurusan Felda Raja Alias 4 apabila mereka mendapat tahu Felda akan membuat kira-kira empat jenis potongan yang tidak termaktub dalam syarat pemotongan slip.

No comments: