Teman lihat dalam perbicaraan kes Al-tantuya,kes Teoh ,kes Anwar ,kes DUN Perak semuanya nampak pelik dan hampir tak masuk akal keputusannya.Walaubagaimanapun mereka(BN) suka benar dan berbangga kemenangan dijangka.Walaupun mereka tau rakyat mencemoh mereka saban hari,namun ketidaksanggupan menerima kenyataan atas desakan ketakutan bila keadilan dilakukan mereka pasrah dengan tabiat buruk mereka tanpa penyesalan dan taubat nasuha.
Seramai 12 ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) telahpun disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga Ogos tahun ini. Manakala satu dari pihak pembangkang. Sebanyak tujuh tuduhan telah direkodkan untuk ahli politik daripada BN manakala terhadap ahli politik pembangkang sehingga kini masih lagi belum ada pertuduhan. Hal ini telah didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Nampaknya setakat ini BN telah mendahului atau berjaya mengekalkan rekop dalam siasatan SPRM. Difahamkan, itupun yang kena jaring hanyalah ikan-ikan yang bersaiz sederhana sahaja manakala yang jenis jerung masih lagi sukar nak kena jaring walaupun adakalanya hampir mengena jaring tapi terbolos juga disaat-saat akhir. Diharapkan SPRM suatu hari nanti akan dapat juga mencekup seekor dua jerung yang berprofail tinggi. Wallahuaalam.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

No comments:
Post a Comment