Tanpa rasa malu pada DS Anwar Ibrahim, PM 1Malaysia iaitu DS Najib baru-baru ini mengumumkan penetapan 16 Sept sebagai cuti umum setiap tahun bermula tahun depan seperti yang telah memang dialu-alukan.
Media Kerajaan dengan gaya pencacai mulalah memuja memuji langkah yang diambil oleh Najib termasuk pak-pak menteri yang jenis kaki angguk kepala mereka menyokong apa yang diumumkan oleh Najib.
Pakatan Rakyat sebelum ini telah bersetuju dengan langkah tersebut kerana itu sememangnya hasrat kita sejak dari awal bermula dari cetusan idea DS Anwar tidak berapa lama dahulu.
Pada masa itu BN lupa diri dan dengan slogan Najib terbaru ini telah memaksa beliau menelan semula ludahan yang telah diluahkan tahun lepas menjelang 16 September 2008.
Media angguk pada masa itu ikut mengeji dan menghentam cadangan DS Anwar tanpa segan silu dengan fakta sejarah.
Bezanya, semasa DS Anwar mengagungkan tarikh 16 Sept sebagai tarikh yang perlu disambut sepertimana tarikh 31 Ogos, tidak seorang pun menteri yang merasa cerdik dan pintar untuk menyambut cadangan tersebut. Termasuklah media perdana yang langsung tidak terfikir betapa jauhnya pandangan DS Anwar. Sudah nasib mereka dijadikan sebagai Pak Turut atau burung belatuk yang cuma mengangguk bila tuan mereka batuk atau bersin.
Rakyat patutnya nampak dengan jelas seolah-olah dah memang nyata Najib tidak punyai idea langsung sehinggakan tanpa segan silu mengutip satu persatu idea yang dibawa oleh DS Anwar dan juga idea dari PR. Konsep 1 Malaysia jelas condong ke arah idea PR yang ingin memberikan kesamarataan di kalangan rakyat. Umno juga terpaksa meniru idea PR khususnya konsep yang ingin dibawa oleh PKR. Malunya teman kalau teman jadi DS Najib, mana nak letak muka.
No comments:
Post a Comment