Teman maksudkan Pakatan Rakyat bersengkokol atau berbincang dengan BN dalam keadaan kes perpaduan masih ada suam-suam kuku lagi memang tidak wajar. Pada hemat teman jika Pakatan Rakyat hendak buat perbincangan atau perjumpaan tertutup maka perlulah pertama diberitahu semua ketua parti masing-masing supaya tidak menimbulkan prasangka.Memang kalau disiasat niat memang baik tapi kalau bocor hal tersebut maka ramai orang atau ahli parti sendiri akan memandang serong.
Kedua ,pada pendapat teman bila dah beritahu semua ketua parti masing-masing dan mahu buat pertemuan dan perbincangan kena pastikan win win situation.Maksudnya jika nak berbincang pastikan BN perlu akur sesuatu perkara ,misalnya mereka kena serahkan semula royalti minyak Kelantan atau serahkan Kerajaan Perak baru boleh berbincang.Sebelum berbincang pastikan kita lihat faktor di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Jangan jadi BN, asyik berbincang dengan Singapura tapi tidak pernah kaitkan dengan perjanjian air bodoh UMNO dahulu.
Pada masa Pakatan Rakyat sedang disokong dan didamping oleh rakyat janganlah lita mengajak perbincangan walaupun pasal orang Melayu.Pastikan BN yang ajak ,baru setuju.
Ada teguran yang mengatakan tajuk ini akan mengelirukan.Kalau diamati kadang-kadang blog ini akan memberi peluang pembaca mencari sumber tambahan untuk kefahaman sendiri.Sebenarnya tiada blog yang boleh memberi kepuasan pembaca mengikut kepuasan mereka.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tajuk yang mengelirukan. Harap ubah tajuk agar tidak timbul fitnah.
Terima kasih wahai sahabat.
s.u PAS cawangan Rasa.
Post a Comment