Teman setuju bila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan khususnya setiap ahli PAS dan amnya ahli Parti dari Pakatan Rakyat agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya.
Mereka harus bijak menganalisa dan menyerapkan makulumat jangan sampai darah menyirap.
Mereka (kita ahli Pakatan Rakyat) harus berwaspada dengan tuduhan liar dan hentaman kromo musuh Pakatan Rakyat dari segenap penjuru dan setiap saat mengganggu pentadbiran dan fikiran Pakatan Rakyat.
Kita perlu muhasabah bagaimana Dato Nik Aziz berseorangan menjadi Ahli Parlimen dengan sokongan yang sedikit sanagat masa itu.Kita siapa nak persoalkan saranan atau ucapan beliau.pada teman beliau baru cadang belum buat apa-apa lagi, dah kecoh.Kalau dari bukan Pakatan rakyat teman tak kisah,ini dari ahli Pakatan Rakyat sendiri.
Kits jangan cepat melenting, siapa yang rugi? Kita harus kuatkan semangat dalam mengharungi mentadbir negeri yang walau kita menang tapi S/U Kerajaan negeri masih orang BN dari Persekutuan, Yang Dipertua Majlis masih orang BN ,bagaimana nak Pakatan Rakyat full swing untuk mentadbir dengan baik..
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment