Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 10, 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH PENGUASAAN EKONOMI SELANGOR TAMBAH MANTAP

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd telah mengeluarkan kenyataan di Bursa Malaysia, mengumumkan pertukaran jawatan Abd.Karim dari Pengerusi Eksekutif kepada Pengerusi Bukan Eksekutif, mulai semalam.

Ringkasnya, Abd Karim yang dilihat sebagai orang kepercayaan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo ( telah dikosongkan kuasanya. Malah, Abd.Karim dijangka akan mengalami nasib yang sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Oleh sebab Kumpulan Darul Ehsan Berhad bukan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, maka rombakan Lembaga Pengarah tidak perlu diumumkan secara terbuka. Dengan kata lain, Abd Karim akan disingkirkan dari pusat kuasa syarikat kerajaan Selangor.

Saluran pembahagian sumber

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd merupakan "flagship company" kerajaan Selangor. Syarikat di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad dilihat sebagai saluran pembahagian sumber yang penting selama ini.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memegang 53.10% saham Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sementara Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pula mengawal 52.07% saham Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.

Dalam laporan prestasi suku kedua tahun 2009 yang diumumkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 28 Ogos, keuntungan yang diperolehi dalam suku tahun kedua ialah RM 26,775,000 , manakala keuntungan pertengahan tahun pertama adalah RM 27,923,000.

Kumpulan Hartanah Selangor Bhd pula mencatat keuntungan bersih RM15,065,000 untuk suku tahun kedua 2009, manakala keuntungan bersih untuk pertengahan tahun pertama 2009 ialah RM1,675,000.

Kerajaan Selangor memiliki sembilan syarikat pelaburan, iaitu KDEB, PNSB, SSIC, PIYSB, BBGC, RMSB, TSSB, MSNS dan KSSB.

Syarikat tersebut telah mencatat keuntungan sejumlah RM 56,558,710 pada tahun 2008. Menurut laporan kewangan 2008 yang belum diaudit, enam syarikat yang memperolehi keuntungan ialah KDEB(keuntungan RM27,802,000)、PNSB(keuntungan RM19,207,377), SSIC (keuntungan RM 1,058,687sebelum cukai), PIYSB(keuntungan RM 6,100,000 sebelum cukai), MSNS(keuntungan RM 246,654 dan KSSB(keuntungan RM 2,516,489).

Abd.Karim: Yang Dipertua MPPJ

Abd.Karim bin Munisar, 59, dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd pada 6 September 2004, untuk mengawal sepenuhnya sumber ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, Abdul Karim (gambar kanan) menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya dari tahun 2003 hingga tahun 2004. Di samping itu, beliau juga Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Sepang dari tahun 1998 hingga tahun 2003. Lebih awal lagi, beliau menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya dari tahun 1992 hingga 1996.

Syukur alhamdulillah dengan pengumuman semalam membawa makna bahawa kerajaan negeri akatan Rakyat telah menguasai sepenuhnya sumber ekonomi Selangor. Menurut maklumat Bursa Saham, selepas tsunami politik 8 Mac 2008, Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd telah dirombak secara besar-besaran. Empat orang pengarah yang rapat dengan BN Selangor telah meletak jawatan secara kolektif pada 22 April 2008.

Banyak syarikat kerajaan negeri Selangor, termasuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan PKNS telah didedahkan pekungnya selepas PR memerintah Selangor. Aktiviti pelaburan dan pembangunan yang mengundang pertikaian, termasuk pembinaan banglo Exco yang menelan RM40 juta, telah dibongkarkan.

Di samping itu, syarikat ini juga terlibat dalam peruntukan wang ke dalam akaun Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), yang kemudiannya dituduh telah disalahgunakan.

No comments: