Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 10, 2009

KERAJAAN BN TAKUT DAN DENGKI DENGAN KEMAKMURAN YANG DICAPAI OLEH NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak mempunyai hak untuk membuat kenyataan atau memberi saranan agar dasar pemberian air percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dikaji semula.

“Kementerian tidak ada hak untuk membuat kenyataan demikian kerana pemberian air percuma adalah hak anak-anak Selangor,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), semalam.

Kelmarin, jurucakap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberitahu pemberian 20 meter padu air percuma setiap bulan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak sampai kepada rakyat miskin yang tinggal di rumah kos rendah dan setinggan sebaliknya ia hanya dinikmati penduduk yang kurang memerlukan.

2 comments:

pilat godang said...

1) tiada siapa yang dengki....

kita sokong lagi bila hassan ali kata arak tidak bolih dijual di majoriti penduduk orang melayu...

tapi..peluk balik ronnie liu...itu yang buat orang marah tu...
(guruh berdentum sekejap aje tapi tiada hujan)

2) tiada siapa yang dengki..

penduduk sek 23 marah dan berdemo kerana kuil nak di bina ditempat mereka...rodiah dan khalid samad buat keputusan sendiri tanpa memanggil penduduk sek 23....

3) tiada siapa yang dengki...

kalau kematian TBH di sensasikan olih DAP walau pun siasatan belum di jalankan...

4) tiada siapa yang dengki...

kalau kelabmalam/bar/rumah urut tumbuh macam cendawan di selangor...

5) tiada siapa yang dengki....

kalau masjid di selangor dijadikan pentas politik PAS..hentam kerajaan dengan bertopengkan islam...

banyak lagi ooiii..

kalau berani siarkan ..

sheikh teluk intan said...

Salam sahabat seperjuangan.

Jangan layan spesis bercirikan kemunafikan.Cukup sekadar ucapkan padanya:"Selamat sejahtera".

Dijelaskan satu-persatu puak nik bukan mau dengar. Telinga dah labang(pekak), walaupun telinganya sebesar besar . Ada hati, dah tertutup. Ada mulut, cuma mencarut dan mencabar seperti katanya:"Kalau berani siarkan..." Dia ingat ahli Pas penakut.

Salam dan jumpa lagi.