Teman rasa walau Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat boleh mengeluarkan bajet selesaikan isu air ini, tidak mungkin Kerajaan Persekutuan + SYABAS + ADUN BN akan memberi laluan.Mereka masih berniat buruk agar imej PR dilihat sebagai kerajaan yang tidak berkemampuan menyelesaikan masalah.
Setelah lebih 8 tahun UMNO/BN menyusahkan rakyat/penduduk Taman Kesumba dan Taman Widuri di Bukit beruntung dalam kes air paip/Syabas tiba-tiba mereka sendiri selesaikan.
Teman berpendapat setelah BN kalah 7 Pilihan Raya Kecil berturut-turut maka mereka terpaksa menunjukkan kerja mereka atau menonjolkan jasa & janji mereka kepada rakyat terutama melibatkan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.Lebih-lebih lagi negeri selangor yang menjadi nadi Malaysia di mana Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan ada di dalamnya.
Kerja jijik mereka ialah meracun keharmonian dan kebajikan yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan menafikan kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan PR.
Kes air ini ditonjolkan seolah-oleh akhirnya ADUN BN menjadi hero dapat menyelesaikannya.
Begitu juga merek(BN/UMNO) sanggup mencucuk orang kuat SYABAS agar meletakkan harga yang sukar diterima Kerajaan PR agar cita-cita murni Kerajaan PR memberi khimat air murah dan bersubsidi digagalkan.
Mereka sanggup bertungkus lumus agar SPAN mengambil alih SYABAS dan akhirnya memberi kesan buruk pada rakyat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment