UMNO/BN kununnya menuduh Pentadbiran Negeri Selangor masih tercari-cari identiti tentang kepimpinan mereka dari segi menegakkan Islam sebenar atau meliberalkan Islam yang sedia ada.Mereka juga menuduh Kerajaan selangor kurang dan tidak menghulur sumbangan kepada surau & masjid.
Dengar kabar orang UBN kata kerajaan Pusat BN telah mengambil langkah yang mana melegakan hampir kesemua rakyat beragama Islam di Selangor!Betulkah? Najib Tun Razak yang memegang jawatan ketua perhubungan UMNO negeri telah meluluskan RM 1.35 juta bagi membantu semua masjid dan surau di Selangor bagi menjalankan aktiviti ibadah dan social di bulan Ramadhan dan Syawal.
Secara purata agihan setiap masjid dan surau akan diedarkan dengan bantuan berjumlah RM 500 – RM 1000. Bantuan yang diberikan itu disifatkan BN/UMNO sebagai rahmat besar kerana hampir kesemua masjid dan surau di Selangor amat kurang serta tidak diberi bantuan langsung oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat . Dato’ Noh Omar yang merupakan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO negeri menyifatkan pemberian itu ikhlas dan tanda kesamarataan dilaksanakan di seluruh Negara walaupun sesebuah negeri itu diperintah kerajaan dari bukan BN/UMNO.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment