Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, September 13, 2009

RASUAH TAIWAN RASUAH MALAYSIA !


Kalau acuan Malaysia seperti pemimpin Taiwan, mereka akan senasib dengan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian dipenjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.
Mahkamah Daerah Taipei mensabitkan presiden selama dua penggal itu dengan kesalahan rasuah dan sebilangan dakwaan lain, menamatkan kes berprofil tinggi yang dibuka hampir tiga tahun lalu serta turut membabitkan isteri Chen serta sebilangan anggota keluarga serta pembantunya.
Chen didakwa menggelapkan sejumlah T$104 juta (RM11.1 juta) dari sebuah dana khas pejabat presiden, menerima rasuah sebanyak T$9 juta (RM963,853) berkaitan dengan perjanjian pemilikan tanah dan mendapatkan sejumlah T$2.73 juta (RM292,368) lagi sebagai balasan kerana membantu seorang kontraktor memenangi bidaan dalam satu projek kerajaan.
Ketika memerintah pada 2000 hingga 2008, Chen mengecewakan Beijing kerana mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi dari China yang menuntut kedaulatan bagi pulau yang diperintah sendiri itu sejak berakhirnya perang saudara China pada 1949.
Sementara itu, Chen tidak hadir ketika mahkamah Taiwan menjatuhkan hukuman terhadap beliau semalam.

Undang-Undang Pencegahan Rasuah di Malaysia mungkin boleh dirasuah dengan mudah hanya mengikut kata pemerintah, maka selagi BN memerintah, selagi itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditunggangi pemimpin BN yang menjadikan rasuah seperti budaya minum teh bagi masyarakat Cina.
MAJLIS Tertinggi (MT) Umno pada dasarnya bersetuju menghapuskan sistem kuota serta memberi peluang kepada lebih ramai perwakilan untuk membuat pemilihan pada perhimpunan agung parti.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu bertujuan membanteras politik wang serta menjadikan proses pemilihan parti lebih telus dan demokratik, selain menunjukkan Umno sebagai parti yang lebih inklusif dengan membabitkan seberapa ramai golongan.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, MT akan mewujudkan kriteria tertentu untuk jawatan tertinggi yang akan dipertandingkan supaya mereka yang bertanding benar-benar memahami dan menghayati prinsip serta matlamat perjuangan parti.
"Kriteria untuk bertanding mesti tidak mengongkong, tetapi lebih menjurus kepada kebebasan. Maknanya sedikit sebanyak pengalaman dijadikan asas untuk menentukan kriteria yang sewajarnya. Kriteria itu akan ditentukan kemudian," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, semalam.
Pada mesyuarat lebih tiga jam itu, MT membincangkan cadangan Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebelum dikemukakan dalam perhimpunan agung khas, bulan depan.
Antaranya, menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan Umno pada 1988. Sistem itu menetapkan mereka yang ingin bertanding jawatan Presiden perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan atau 57 daripada 191 bahagian Umno.

No comments: