Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, September 13, 2009

FELDA ZALIM DALAM DIAM, IKHTIBAR RAMADHAN UNTUK FELDA SG TENGI & FELDA SUHARTO

Melalui Surat Bil(10)3201/630101065769, Pengrurus Felda Selancar 2, Rompin, Pahang telah mengugut seorang Peneroka Felda di Rancangan itu melucutkan haknya sebagai seorang peneroka disamping melucutkan haknya untuk memperolehi bonus dan insentif raya 2009 serta kelayakan mendapat pinjaman perumahan dari Felda.
Surat bertarikh 3hb September 2009 itu ditujukan kepada seorang Peneroka Felda Selancar 2, Zakaria bin Ismail, No. 231 Pengurus Besar Wilayah Felda, Kuantan dan Ketua Blok.
Surat itu mengarahkan En Zakaria mencabut semula semua anak-anak sawit yang ditanam olehnya didalam ladangnya seluas 10 ekar dalam tempoh 7 hari surat tersebut diterima oleh peneroka tersebut.
Surat itu juga memperincikan sebab-sebab nyata kepada Peneroka itu iaitu:
(a) akan menggagalkan dikalangan peneroka Felda untuk memulakan program tanam semula bersama Felda pada tahun 2011;
(b) akan merosakkan kadar perahan minyak di kilang sawit Felda kerana baka yang diperolehi dari sumber sendiri;
(c) oleh kerana peneroka ini dikhuatiri akan bertindak lebih dari batas-batas seorang peneroka adalah layak peneroka ini diambil tindakan leih keras lagi iaitu dibawa ke tindakan ikat jamin dan tatatertib;
(d) kesalahan lampau peneroka ini pernah melanggar peraturan menentang keputusan ahli blok menjual hasil sawit sebelum sistem individu dilaksanakan , rujuk kes pada 21.12.1994;
(e) lain-lain kesalahan adalah kurang keperihatinan dalam menjaga kebersihan rumah dan pernah tidak menghantar hasil sawit ke akaun Felda pada tarikh bulan September 2009;dan surat itu mengingatkan:
“Adalah dengan ini kiranya, saudara tidak mencabut semula anak sawit tersebut dalam tempoh 7 hari dari sekarang pihak kami tidak akan teragak-agak membawa kes ini ke peringkat tatatertib dimana keistemewaan dalam Felda akan ditarik balik serta merta”.
Ekoran dari penerimaan surat ini, Sdr Rabidin Kasmawi, Pengerusi PKR Cabang Rompin telah pergi menemui En Zakaria bin Ismail untuk mendapatkan reaksi dari beliau.
En Zakaria menyatakan bahawa tindakan beliau itu adalah untuk hidup berdikari dan tidak lagi dibebankan dengan hutang-hutang yang tidak munasabah dari Felda, dan beliau ingin hidup terlepas dari sebarang hutang.
Beliau menyatakan bahawa jika beliau membuat tanam semula melalui Felda beliau akan terjerat dengan hutang sekurang-kurangnya 20 tahun lagi.
Telah terbukti bahawa Technoplant, sebuah anak syarikat Felda, yang menjalankan tanam semula sawit bagi pihak Felda tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Technoplant melantik kontraktor-kontraktor menanam semula tetapi penjagaan ladang tidak dijalankan dengan sempurna; ladang dibiarkan semak tidak diracun dan pembajaan tidak dijalankan mengikut sewajarnya dan jika berlaku kematian kepada anak-anak sawit itu tidak disulam semula.
Apabila seseorang peneroka menanam semula melalui Felda, mereka dikenakan hutang baru, dan semua belanja sara hidup sebanyak RM1200.00 sebulan akan dikenakan pula faedah sebanyak 6.5% dan peneroka-peneroka yang menanam melalui Felda akan hanya memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM1,500.00 sahaja sebulan yang diselaraskan oleh Felda berbanding dengan mereka yang menanam sendiri yang boleh mendapat melebihi RM3,000.00 sebulan.
Mereka yang menanam melalui Felda akan hanya memperoleh pendapatan bersih bulanan sebanyak lebihkurang RM800.00 sahaja.En Zakaria menyatakan bahawa Bloknya tidak menentang tindakannya untuk menanam sendiri, dan beliau menyatakan bahawa kawasan yang diberikan kepadanya itu adalah kawasan berpaya, tetapi oleh kerana usahanya, beliau berjaya mengeluarkan jumlah tan yang lebih besar daripada mereka yang mempnyai kawasan yang lebih baik, dan Pengurus Felda yang lama berpuas hati dengan usahanya.
Mengenai dakwaan bahawa rumahnya tidak bersih adalah pandangan peribadi Pengurus itu sendiri kerana keadaan rumahnya tidak banyak beza dengan rumah orang lain tetapi oleh kerana kemampuannya rumah beliau tidaklah dicat.

Adapun dakwaan Pengurus itu yang mengatakan bahawa tindakannya menanam sendiri itu akan merosakkan perahan minyak dikilang Felda adalah tidak berasas kerana anak sawit yang dibeli oleh En Zakaria adalah anak-anak sawit yang diluluskan oleh MPOB. Jika Pengurus Felda itu sudah tidak mempercayai MPOB, maka pandangan pengurus itu merupakan pandangan peribadi yang melampau.
Mengenai pinjaman perumahan dari Felda yang dikatakan oleh Pengurus itu, En Zakaria menyatakan bahawa beliau memang tidak berhajat membuat pinjaman itu.
Melalui hutang yang dikenakan oleh Felda dan pinjaman perumahan ada peneroka-peneroka yang sudah berumur menghampiri 60 tahun dibebankan dengan hutang hingga RM100,000.00 dan tanah kampong dan ladang mereka di kaveat oleh Felda.
En Zakaria menyatakan bahawa beliau tidak mahu berhutang hingga ke mati dan mengenai rumahnya beliau akan membaikki rumahnya dengan keupayaan sendiri.
En Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ketika dihubungi menjelaskan bahawa beliau sedar dengan kes ini dan beliau telah mengarahkan Peguam bagi Persatuan itu mengambil tindakan sewajarnya dan beliau menasihati En Zakaria supaya membuat laporan polis tentang ugutan Pengurus Felda tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

siapa dia si Zakaria tinggal ditanah rancangan ke atau tinggal kat rumah di luar rancagan felda tu..latar belakang nya