Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 29, 2009

KISAH BEKAS IMAM & PEGAWAI MENZALIMI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

Kisah diceritakan berlaku di Kompleks pelajar di Haiyyu Asyir di Mesir.
Kisah bagaimana seorang bekas imam Terengganu dan pegawai juga dari Terengganu cuba mengawal pergerakan Pelajar senior yang ingin menyambut pelajar baru dari Malaysia supaya kununnya dapat elakkan dipengaruhi.

Maklumat yang kami terima dari senior akhowat yang mendengar ucapan dari pihak yayasan ketika berada di dalam bas agar bersiap sedia untuk menyambut adik2 baru yang akan tiba tidak lama lagi, sediakan air dan sambut adik2 dengan baik, kerah semua pelajar2 lama turun, jangan biar orang2 ISMA dan UMNO mendahului kita untuk sambut adik2 baru, itulah arahan yang ana dengar.
Sesampainya mereka di kompleks, sahabat2 yang sudah berada di sana menyambut mereka dengan baik dan mesra sambil membahagikan sedikit kuih sebagai alas perut sambil menyediakan air sejuk untuk menghilangkan dahaga adik2 yang kehausan, kami yang pada ketika itu juga baru tiba dan sempat memeluk mereka semua, terzahir keletihan di wajah mereka sambil tersenyum melihat layanan dan celotehan dari sahabat2 KPT. Kuih yang dibahagikan itu adalah untuk AJK pelaksana program Unit Sambutan Mahasiswa Baru, namun melihat keadaan mereka yang lapar dan dahaga, maka dibahagikan semua itu kepada mereka, kami tidak kisah, bahkan kami rasa sangat berbesar hati kerana dapat berbakti dan membantu adik2 meskipun dihalang oleh pegawai Terengganu.

Seterusnya apa pula yang berlaku sahabat2 sekalian, adik2 dihalang untuk mengerjakan sembahyang maghrib oleh pembantu En. Kamal, padahal 30 minit lagi nak masuk waktu isya’, namun En. Farid mengatakan bahawa pergi ke galeri terlebih dahulu sebab En. Kamal nak bercakap sedikit, namun YDP Terengganu telah menyuruh adik2 naik ke surau dulu untuk sembahyang, tapi En. Farid membuat sekatan di tangga seolah-olah menghalang adik2 daripada naik ke atas, katanya lagi, En. Kamal nak ambil masa sekejap sahaja, lalu YDP mengalah lalu menyuruh adik2 ke galeri terlebih dahulu kerana En. Farid kata sekejap sahaja.

Kalau nak tau, salah seorang bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu boleh mengeluarkan kenyataan yang pelik, tak layak langsung dipanggil Imam, apa yang dia kata, dia suruh adik2 bari jama’ takhir maghrib dengan isya’, mazhab mana yang ajar ni, kan dah sampai, lagipun datang sini(Mesir) nak menetap bukan melancong 2 atau 3 hari, jadi mana boleh jama’ lagi, ana yang kebetulan ada di situ pun cuba bersuara, mana boleh ustaz, kan dah sampai, mana boleh jama’ lagi, setahu ana mazhab syiah jer yang boleh jama’ bila2 masa jer, tak terkata Bekas Imam Besar tu, En. Fadzli namanya. Inilah yang dipanggil keluar fatwa tanpa ilmu.
Semua adik2 ikhwah masuk ke dalam galeri, termasuklah ISMA dan UMNO, namun pihak kita tetap masuk meskipun tidak dijemput untuk memastikan perancangan mereka, antara yang masuk ialah YDP dan beberapa orang Exco, apa yang berlaku, En. Kamal membahagikan adik2 ikhwah yang seramai 23 orang kepada 3 kumpulan, kumpulan satu, kumpulan 2, kumpulan 3. kemudian mereka dibawa ke rumah pegawai, villa dan pejabat pegawai untuk solat maghrib yang hampir luput. Mereka tidak dibenarkan untuk solat di surau yang luas lagi selesa di atas tapi dibawa ke bilik yang sempit.
Perbuatan tersebut menjelaskan lagi kepada kami, bahawa mereka memang benar-benar ingin menjauhkan adik2 daripada pelajar2 lama, apa lagi agaknya perancangan mereka, ana kata dalam hati, tunggu dan lihat sahajalah. Memang benar, apa yang berlaku, ternyata sekitar jam 11 malam lebih, sekumpulan adik2 dibawa turun dalam keadaan keletihan, dan dikalangan mereka yang kelihatan baru sahaja bangun daripada tidur, disuruh tunggu di bawah, rupan2nya mereka akan dibawa lari ke suatu tempat yang kami tidak tahu, apatah lagi adik2 baru.

Tidak berapa lama kemudian datang kereta hitam yang dibawa oleh warga ISMA, bukan ISMA apa, ISMA lah, ingat orang tak kenal, orang yang bawa kereta tu orang ISMA lah, tak payah nak berdalih, tidak dinafikan dalam ISMA ada orang yang baik, tapi itulah yang berlaku, bila ditanya tak tahu, sikit2 En. Kamal, skit2 En. Kamal, padahal dia yang memandu, ternyata 2 kali dia orang angkut adik2 baru ni ke suatu tempat, dalam pemikiran ana pada masa tu, mungkin ke Bawabah(nama kawasan) kot, lagipun kami langsung tak dapat nak hubungi mereka sebab adik2 tak ada nombor Mesir lagi, jadi susahlah kami nak berhubung dengan mereka, sampai bila2 pun kami takkan dapat tahu keadaan mereka, makan minum mereka, dikawal seperti banduan sahaja.

Hari kedua di Mesir-Khamis
Ternyata adik2 mengadu lapar dan dahaga, maklumlah sepanjang lewat malam yang berlalu, mereka ketiadaan makanan sehingga pagi, namun ana yang kebetulan memasak untuk ahli bilik terpaksa mengorbankan makanan tersebut kepada adik2, dalam lingkungan lapan orang yang dapat ana bawa ke rumah untuk menikmati hidangan yang ala kadar untuk mengisi perut adik2 yang baru datang, nasi goreng dengan keropok dan air tea O & tea susu, itu sahajalah yang mampu ana sediakan, meskipun sedikit sahaja, tergambar kegembiraan di wajah adik2 yang baru ni.
Dalam hati ana, tergamak betul pegawai buat macam ni dekat adik2, langsung tidak menjaga kebajikan pelajar2 baru. Namun sahabat2 sekalian, ada lagi perkara yang lebih menyayat hati, kumpulan pertama dikurung di dalam Villa tanpa ada makanan dan minuman, sehinggakan kami tidak sedar bahawa masih ada pelajar yang disembunyikan, kunci mereka pegang, kami bukan tak nak beri adik2 makan, tapi macam mana kami nak beri makan kalau kunci, bayangkan, bila jam pukul 7 lebih baru kunci dibuka, seolah-olah adik2 yang baru ni macam ayam yang dikurung dalam reban.
Setahu ana, ayam yang dikurung pun masih ada makanan, ni langsung tak ada makanan, adik2 mengeluh kelaparan, sehinggakan ada seorang adik tu mengadu dekat ana, “abang! sampai bila keadaan macam ni?” Ana beritahu kat dia orang sabarlah, nak buat macam mana, antum pilih yayasan(jalan macam ni), terpaksalah ikut arahan dia sekarang, sabarlah dalam seminggu lagi, lepas tu group anta akan kembali semula kepada Keluarga Penuntut2 Terengganu. Tak sabar rasanya…
Rujuk sumber berita http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

No comments: