Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 30, 2009

GERUNNYA & KETAKUTAN BILA MALAYSIA ADA BANDAR TENTERA DARAT ?


Teman pun heran bila PM umumkan Port Dickson sebagai bandar Tentera Darat.Sepatutnya pembangunan bandar menjurus pada ekonomi bukan ketenteraan.Kata Malaysia dah aman,kenapa ada bandar tentera? Tak lama lagi ada pula Bandar Tentera Laut, Bandar Tentera Udara , Bandar PDRM dan Bandar FRU dan Bandar bla...bla...
Komen ini merujuk pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika berkata, langkah mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu.

"Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada penisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat," katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin dan 2,000 pegawai dan anggota tentera.

Najib berkata pengiktirafan itu amat membanggakan tetapi beliau tidak mahu ia tinggal sebagai satu sebutan sahaja malah mahu pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu supaya ia diabadikan.

Najib, yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, mengakui bahawa kenangan beliau bersama pegawai dan anggota tentera sebagai sesuatu yang amat manis dan menyedarkan beliau bahawa jasa dan pengorbanan mereka ini terlalu besar kepada negara.

Katanya beliau bangga bahawa ATM telah membuktikan bahawa ia bersikap profesional dan berjaya mencatatkan sejarah sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan ancaman komunis.

No comments: