Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 16, 2009

FENOMENA ISU GAJAH PUTIH & RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI ADA DI BAGAN PINANG

DUN Bagan Pinang tidak ketinggalan dalam projek terbengkalai dan projek gajah putih dan termasuk kezaliman Majlis Perbandaran Port Dickson yang terlalu eksyen.
Sebelum tu yang menarik, Laman blog Bagan Pinang di http://pasns.blogspot.com dah sediakan blog berkenaan Projek terbengkalai di alamat http://terbengkalai.blogspot.com
Manakala berkenaan projek gajah putih ada di alamat http://gajahputihn9.blogspot.com
Gerai Melayu dirobohkan di Bagan Pinang
Masihkah kita ingat cerita di bawah ? Atau Melayu mudah lupa ? Inikah yang dinamakan pembangunan tetapi nasib orang Melayu tertindas ?
13 peniaga kecewa tindakan MPPD
Sinar Harian. TANJUNG BIRU – `Sudah jatuh, ditimpa tangga', begitulah nasib yang menimpa 13 peniaga di sini apabila diarahkan keluar dari premis perniagaan masing-masing dan tambah mengecewakan barang perniagaan telah disediakan untuk jualan musim cuti merdeka akan datang.

Sebanyak 13 gerai peniaga akan dirobohkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam masa terdekat berikutan kawasan tersebut bakal dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru untuk keselesaan pelancongan.

Salah seorang wakil peniaga, Mohd Dahlan Mohd Yusof memberitahu, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu benar-benar mengecewakan mereka kerana ia dilakukan tanpa notis bertulis supaya premis ini dikosongkan secepat mungkin.

“Sudah 25 tahun kami berniaga di sini, dan kami tidak akan berpindah kerana tempat ini adalah sumber rezeki kami untuk membesarkan anak-anak.
“Walaupun kawasan ini agak terasing dari jalan utama, namun ini adalah kawasan pelancongan terkenal Port Dickson dan setiap minggu ia adalah tumpuan pelancongan,” katanya.
Beliau juga mendakwa, MPPD akan merobohkan keseluruhan gerai yang ada, tetapi hanya empat unit gerai dan tiga kiosk sahaja akan dibangunkan.
“Pembangunan sebegini adalah tidak adil kerana bilangan kami adalah lebih ramai berbanding kemudahan premis yang bakal disediakan. Kami juga terpaksa memohon kembali berniaga di gerai tersebut, malah bukan sahaja akan bersaing sesama sendiri tetapi bersaing dengan orang luar,” katanya.
Menerusi maklumat yang diterima, MPPD mengeluarkan notis perpindahan pada tahun 2006, namun tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan selepas itu kecuali notis secara lisan oleh pegawai MPPD dalam tempoh terdekat.
Peniaga juga mendakwa, mereka tidak pernah diberi cadangan untuk dibenarkan berniaga di sekitar kawasan iaitu ketika pembangunan dijalankan malah pengusaha hotel sekitar juga tidak dimaklumkan tentang penutupan lokasi itu selama 9 bulan.
Wakil peniaga turut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu tidak pernah turun padang dan langsung tidak mengendahkan masalah tersebut.
“Kami pernah menghubungi wakil rakyat kawasan ini untuk mengadu masalah ini tetapi tiada sebarang tindakan dan lebih mengejutkan kami, beliau menyuruh kami menyelesaikan masalah ini sendiri,” katanya.

No comments: