
Dengar cerita bungkusan bernilai RM70 telah ditinggalkan begitu sahaja dihadapan rumah setiap penghuni blok .
Itulah cenderahati balasbudi mungkin untuk diberikan oleh Dr Zambry kepada semua pegawai-pegawai dan penghuni Blok C Kuaters TLDM Lumut.Apa yang menambah marah beberapa dari mereka ialah sikap pemberi sumbangan ini yang seolah-olah semacam penghinaan moral kepada anggota TLDM kerana di buat dan dilayan seperti itu.
Bayangkan barangan bantuan dari UBN hanya ditinggalkan dikaki hadapan pintu Kuaters itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang memalukan dan kurang sopan.
Ia juga boleh dinyatakan dan dianggap sebagai RASUAH POLITIK yang cuba di berikan oleh pihak UBN kepada mereka memandangkan Pilihanraya yang lepas Zambry yang bertanding untuk kerusi Dun Pangkor menang dengan undi POS dari anggota TLDM yang ada dan juga berkemungkinan untuk cuba MEMBELI undi bagi menghadapi pilihanraya Negeri yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.Barangan yang ditinggalkan juga disifatkan sebagai tiada keikhlasan kerana ada darinya telah terbuka dari bungkusan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment