ADUN yang pernah dibuang oleh Dr Mahathir dan Dihalau dari Umno, hidup merempat dibawah parti cap payung yang telah diselamatkan karier politiknya oleh PAS semasa PRU 12 pada Mac 2008 lepas.PAS telah bersangka baik dengan beliau akhirnya atas ihsan Dato Nik telah dibenarkan bertanding atas tiket PAS.Dengan izin Allah Mencatat kemenangan diluar sebagaimana dijangka, segi adat adalah atas bantuan orang-orang PAS khususnya dari Kawasan Pasir Mas.
Selepas menang, nada mula berubah. Kalau sebelum ini (semasa kempen) ke hulu ke hilir dengan berpelikat dan berketayap, cakap pun beralas sopan, tetapi selepas diisytiharkan menang, nada percakapan mula berubah.
Kalau sebelum menang pada PRU 12 lepas, dipuji puja Tok Guru Nik Aziz melangit-langit, hinggakan Tok Guru sendiri menyatakan kepada rakan-rakan terdekatnya bahawa beliau amat tidak selesa dengan ampuan, puji puja melangit dan 'jek' yang terhambur dari mulut 'busuk' Ibrahim Ali terhadapnya.
Ingatkan kegilaan manusia bernama Ibrahim Ali berhenti setakat itu saja. tetapi selepas Paklah diturunkan takhta dan ditabal pula Najib Razak sebagai Pemerintah, Ibrahim Ali semakin naik toncang. Tok Guru Nik Aziz dan pimpinan PAS serta Pakatan mula menjadi bahan makian, cacian, fitnah, tohmahan beliau. Ada saja perkara yang tidak kena dimata beliau. Tetapi jika melibatkan pimpinan BN, tidak pula dihamburnya sesuka hati.
Maka fahamlah rakyat 1Malaysia bahawa Ibrahim Ali sedang bersiap sedia untuk menjalankan projek ampu-mengampu dan mengadu dombanya sekali lagi. Kali ini bukan lagi Tok Guru yang dipuji puja, tetapi sebaliknya Najib Razak diangkat menjadi idola.
Semua yang Najib buat walaupun jelas salahnya, tetapi dipuji ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas yang tidak sedar diri itu. Tahulah kini, Ibrahim Ali sedang membodek untuk kembali menyertai Umno. Dia bermula pelan-pelan.
Benarlah kata orang lama-lama, menyelamatkan Ibrahim Ali dari kemusnahan terutama karier politiknya ibarat MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT. Dan sudah menjadi dasar anjing, kalau tidak dapat memakan bangkai, dapat hidu pun memadai.
Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang, sebagai anggota parlimen Pasir Mas, namun beliau melupakan segala-galanya dan 'menggigit tangan yang menyuapkannya makanan'.
Pengundi di Pasir Mas ketika ditemui menyokong penuh saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat.
Pemimpin yang tiada maruah sahaja sanggup mempertahankan kedudukannya biar pun dicemuh seluruh pengundi.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan TGNA hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas memandangkan sikap dan tindak tanduknya bertentangan dengan perjuangan PAS.
"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang menentang dasar PAS dan kerajaan negeri. Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," katanya ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment